Selepas Omicron, muncul pula Florona, berikut 8 info mengenainya

Iklan
2

KES pertama penyakit 'Florona' dikesan. Ia membabitkan seorang wanita hamil yang dimasukkan ke pusat perubatan untuk bersalin.

Berita mengenai Florona muncul di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 disebabkan oleh varian Omicron, yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada November 2021 dan kini merebak ke 20 buah negara.

Iklan
Iklan

Apakah sebenarnya Folorona? Berikut 5 perkara yang korang perlu tahu mengenainya:

1. Ia bukanlah satu varian baru Covid-19. Ia adalah jangkitan berganda Covid-19 dan influenza kepada seseorang dalam masa yang sama.

Iklan

2. Florona mungkin menunjukkan kerosakan besar sistem imun kerana dua virus memasuki tubuh manusia pada masa yang sama.

3. Kedua-dua virus influenza dan novel koronavirus boleh disebarkan kepada orang lain walaupun penghidap yang belum mula menunjukkan simptom, bergejala ringan atau langsung tidak menunjukkan gejala.

Iklan

Baca juga: Azizulhasni Awang, Lee Zii Jia, I-Sinar Dan Squid Game Antara Carian Popular Google Tahun 2021

4. Pakar kesihatan awam bimbang tentang jangkitan"kembar" Covid-19 dan influenza sejak awal pandemik Covid-19 lagi. Disebabkan penjarakan sosial dan langkah berjaga-jaga yang lain, penularan kes influenza dapat dibendung. Walau bagaimanapun, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) memudahkan penyebaran patogen yang boleh menjadi penyebab kepada kemunculan Florona.

6. Bagaimanapun, agensi kesihatan menyatakan simptom jangkitan mungkin berbeza bagi setiap individu. Sesetengah pesakit mungkin tidak mempunyai simptom, ada yang hanya mungkin mengalami gejala ringan dan ada yang mungkin bergejala yang teruk.

7. Menurut Nature, Covid-19 dan influenza adalah kedua-dua patogen dihantar melalui udara yang menjangkiti tisu manusia yang sama iaitu saluran pernafasan dan sel hidung, bronkial, dan paru-paru.

8. Jangkitan sekali gus SARS-CoV-2 dan virus influenza mungkin meletakkan populasi besar di bawah risiko tinggi untuk dijangkiti.

Baca juga: MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out, Ini Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: ABP News