BINTANG muda Sepanyol, Lamine Yamal menjadi perhatian dunia. Membantu pasukan negaranya menewaskan Argentina, hubungannya dengan pemain berpengaruh Lionel Messi rupanya sudah bermula sejak usia bayi lagi.
Gambar Messi berumur 20 tahun mendukung dan memandikan Yamal yang berusia lima bulan ketika sesi fotografi amal UNICEF pada 2007 kembali tular selepas Argentina dan Sepanyol mengesahkan tempat ke final.
Messi mengakui pertemuan semula dengan Yamal di pentas final memberi makna yang cukup istimewa.
Piala Dunia 2026 menyaksikan penampilan terakhir Messi di pentas Piala Dunia tahun ini, sekali gus menutup perjalanan gemilang legenda berusia 39 tahun berkenaan dalam kejohanan berprestij berkenaan.
Sebaliknya, Yamal yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain muda terbaik dunia apabila menambah trofi Piala Dunia dalam koleksinya selepas Sepanyol menjuarai Kejohanan Eropah sebelum ini.
Artikel berkaitan
- Kisah cinta klasik sejak usia 9 tahun. Kenali Antonella Roccuzzo, wanita di sebalik kejayaan Lionel Messi
- Maghribi tewas tetap sujud syukur, kalah di padang tetapi menang di hati peminat Piala Dunia 2022
- Pogba, isteri sedondon serba putih sempena Aidiladha, raih perhatian netizen
- “Sungguh istimewa, beliau melakukannya kerana ALLAH”- Sonny Williams luah gembira isteri berhijab
Berikut 10 fakta menarik mengenai Yamal:
1-Yamal dilahirkan di Esplugues de Llobregat, Barcelona, Catalonia pada 13 Julai 2007.
2-Ramai menyangka 'Lamine Yamal' adalah gabungan nama pertama dan nama keluarga tetapi sebenarnya nama keluarga beliau ialah Nasraoui Ebana. Sebaliknya nama"Lamine" dan"Yamal" diambil daripada nama dua orang individu yang pernah membantu ibu bapa pemain itu membayar sewa rumah sewaktu mereka kesempitan wang.
4-Yamal tinggal bersama neneknya Fatima selepas bapanya, Mounir Nasraoui dan ibu, Sheila Ebana berpisah ketika beliau berusia tiga tahun.
3-Pada usia enam tahun, bakat Yamal telah dikesan oleh Barcelona dan beliau dijemput untuk menyertai sesi latihan di La Masia. Yamal menandatangani kontrak bersama kelab itu pada tahun 2014 dan berpindah ke Barcelona untuk tinggal serta berlatih di akademi berkenaan.
4-Menjadikan Ronaldinho, Messi dan Neymar sebagai idola, Yamal memegang jawatan kapten pasukan kebangsaan Catalonia pada usia 11 tahun. Dia terus menjadi kapten untuk pasukan bawah 12 tahun, bawah 14 tahun dan 16 tahun.
5-Yamal muncul pemain termuda debut ketika membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Barcelona pada usia 15 tahun.
6-Pada usia 16 tahun 50 hari, Yamal menerima panggilan pertama bersamanya untuk skuad kebangsaan senior pada 1 September 2023 oleh jurulatih Luis de la Fuente bagi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2024 menentang Georgia dan Cyprus.
7-Pada 25 Mei 2026, Yamal telah dipilih dalam skuad 26 pemain untuk Piala Dunia FIFA 2026. Pada 21 Jun, Yamal menjaringkan gol Piala Dunia pertamanya menentang Arab Saudi dalam kemenangan 4–0, menjadikannya pemain kedua berusia 18 tahun atau ke bawah yang menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan Piala Dunia sejak Pelé pada tahun 1958.
8-Penyerang berkebolehan gelecekan dan hantaran dengan kaki kiri itu mampu beraksi sama ada sebagai penyerang tengah (attacking midfielder) atau pemain sayap terutamanya di posisi sayap kanan.
9-Yamal muncul atlet termuda dalam sejarah yang pernah memenangi dua Anugerah Laureus, termasuk anugerah Atlet Muda Terbaik Dunia.
10-Forbes menyenaraikan Yamal sebagai salah seorang daripada 10 pemain berpendapatan tertinggi di dunia dengan meraih $33 juta di atas padang dan $10 juta di luar padang pada tahun 2026. Beliau berada di belakang Jude Bellingham ($44 juta) dan di hadapan Harry Kane ($41 juta). Senarai tersebut diterajui oleh Cristiano Ronaldo ($280 juta) dan Lionel Messi ($130 juta).