Mahir IT, Pembaca Al-Quran Terbaik World Muslimah 2013, gelaran diraja menantu Sultan Brunei, Pengiran Raabi’atul Adawiyyah ditarik serta-merta

Iklan

PERWATAKAN lembut dan ibu kepada empat cahaya mata, Pengiran Raabi’atul Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah antara kerabat diraja Brunei Darussalam yang sering menjadi perhatian warga maya.

Berwajah ayu, Pengiran Raabi’atul mengahwini Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik ibni Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berusia 22 tahun.

Iklan
Iklan

Berikut 10 info mengenai wanita jelita ini:

1-Pengiran Raabi’atul anak kedua daripada 10 bersaudara dan memiliki keturunan bangsawan daripada kedua ayahanda dan bondanya.

Iklan

2-Baginda mempunyai asas pendidikan agama yang ditanamkan sejak kecil oleh ibunya yang merupakan seorang guru agama.

Iklan

3-Mutu bacaan al-Quran yang tinggi membolehkan Pengiran Raabi'atul menjuarai pertandingan membaca kitab suci Al-Quran pada tahun 2005 dan 2008.

4-Kemahiran itu juga turut membawanya menjuarai gelaran Pembaca Al-Quran Terbaik semasa mewakili Brunei dalam pertandingan Muslimah World 2013 yang diadakan di Republik Indonesia.

5-Pada 11 Januari 2015, pihak istana mengumumkan pertunangan Pengiran Raabi’atul yang ketika itu berusia 22 tahun dengan anakanda kelima Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Malik.

6-Kedua-duanya diraikan dalam pesta pernikahan diraja yang berlangsung selama 11 hari bermula dari 5 April hingga 15 April 2015.

7-Selepas istiadat pernikahan pada 12 April 2015, Pengiran Raabi’atul dikurnia gelaran kehormat Yang Amat Mulia dan gelar Pengiran Anak Isteri Pengiran.

8-Hasil pernikahan, pasangan diraja berkenaan dikurniakan empat orang puteri yang berusia satu tahun hingga 10 tahun.

9- Pengiran Raabi’atul dikenali sebagai seorang wanita pakar dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat serta memperoleh beberapa sijil kemahiran termasuk Internet and Computing Core Certification, Microsoft Office Specialist, dan Adobe Certified Certificate.

10-Difahamkan, Pengiran Raabi’atul pernah bekerja dalam bidang Analis Data Sistem pada tahun 2012 dan menjadi sebagai pengajar bidang teknologi maklumat pada tahun 2013.

Namun, khabar duka dari Istana Darul Iman apabila gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri yang dianugerahkan ditarik balik serta-merta.

Menerusi laporan RTB News, penarikan balik gelaran berkenaan disebabkan kelakuan-kelakuannya yang tidak melayakkan sebagai pasangan Kerabat Diraja dan mencemarkan nama baik serta tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

"Pada Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna Pengiran Haji Razali memaklumkan bahawasanya gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri dikurniakan kepada Pengiran Raabi’atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah iaitu isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik adalah dengan ini ditarik balik dengan serta-merta.

"Ini disebabkan kelakuan-kelakuannya yang tidak melayakkan sebagai pasangan kerabat diraja serta mencemarkan nama baik dan tidak menghormati Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja," kongsinya.

Sumber: Media Permata