[VIDEO]Lelaki campak motor berlari selamatkan bayi dalam 'walker' raih pujian

Iklan
04

MEMANG wajar diberi pujian. Tindakan spontan pantasnya mengejar 'baby walker' dapat menyelamatkan seorang bayi.

Begitulah situasi yang terjadi yang dapat dilihat menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Tanpa membuang masa dan sepantas kilat, dia bertindak menghentikan motosikal di tengah jalan serta membuang beg yang digalas sebelum berlari laju mendapatkan bayi tersebut.

Hanya dalam beberapa saat dia berjaya menghentikan baby walker dan selamatkan bayi daripada sebarang kemalangan.

Iklan

Difahamkan kejadian itu berlaku di kejiranan Rincon de la Estrella, di bandar Florencia, Colobia pada pertengahan September lalu.

Rakaman video berkenaan menjadi tular dan memperoleh berjuta-juta reaksi warga maya yang rata-ratanya memuji tindakan pantas penunggang motosikal tersebut.

Apa agaknya yang terjadi kepada bayi terbabit jika lelaki tadi tidak melalui kawasan tersebut? Aduhai...