[VIDEO]Suami usia 90 tahun cuak telefon diperiksa isteri undang tawa, "the real true love"

Iklan
02

HUBUNGAN antara suami isteri sememangnya perlukan banyak usaha untuk kekal bahagia.

Selain bertolak ansur dan saling memahami, pasangan juga perlu mengamalkan tiada rahsia antara suami isteri. Ia rencah utama kebahagiaan dalam perkahwinan.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Maka tak hairanlah jika isteri bertindak memeriksa telefon si suami.

Seperti juga dengan pasangan warga emas yang menarik perhatian warga maya apabila dilihat masih bersikap 'queen control' walaupun sudah berusia.

Iklan

Menerusi video yang dimuat naik Annisa Tarigan di TikTok, seorang wanita warga emas kelihatan sedang memeriksa telefon suaminya di ruang tamu.

Mereka dilihat berbual ketika kejadian, namun tidak didengari sebelum isterinya cuba mengalihkan skrin telefon tersebut.

Bertuahnya suami kan! Walaupun dah berusia 90 tahun, telefon bimbitnya masih dipantau oleh isteri.

Video berdurasi 28 saat itu kini meraih lebih 400 ribu tontonan dan mendapat hampir 50,000 tanda suka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat situasi tersebut. Ujar mereka;