Cuaca sejuk, utara Arab Saudi catat suhu di bawah sifar

Iklan
04

BEBERAPA kawasan di utara Arab Saudi kini berdepan cuaca sejuk melampau dan diliputi salji tebal.

Agensi Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi mengeluarkan amaran awal dengan menjangkakan penurunan suhu mendadak sehingga sifar celsius.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Dalam pada itu, NCM turut meramalkan;

1. Sistem amaran awal NCM meramalkan penurunan suhu di bawah paras beku akan berterusan di kebanyakan bandar di wilayah utara sehingga hujung minggu ini, manakala suhu dicatatkan di ibu negara Riyadh, pula adalah satu darjah celsius.

Iklan

2. Penurunan suhu itu akan berterusan di kebanyakan wilayah, bersama kabus dan awan hujan, disertai angin berdebu pada permukaan aktif yang mengurangkan jarak penglihatan.

3. Kemungkinan berlaku ribut petir disertai angin aktif adalah tinggi di beberapa bahagian wilayah Jazan, Assir, Al-Baha dan Makkah.

7. Di Riyadh, mengikut ramalan cuaca, ia mencatatkan suhu terendah musim ini iaitu lapan darjah celsius pada Selasa dan menjangkakan penurunan kepada tiga darjah celsius esok dan satu darjah celsius (Jumaat).

Sumber: Arab News