Hanya pilih lelaki botak dan muda, jutawan Thailand ini sudah 14 kali bercerai demi mencari cinta baharu

Iklan
jutawan thailand

BUKAN sekali dua, tetapi 14 kali sudah berkahwin! Namun, sayangnya istana cinta yang dibina berakhir dengan penceraian.

Mana mungkin setiap pasangan bercinta mahukan ikatan cinta mereka berakhir di tengah jalan.

Iklan
Iklan

Tidak tahu mana silapnya, kisah jutawan wanita di Thailand yang tular baru-baru ini menarik perhatian netizen di seluruh dunia.

Iklan

Mana tidaknya, jutawan berusia 62 tahun itu dikatakan sudah bercerai buat kali ke-14 dan kini sedang mencari pasangan baharu.

Lapor bogor.tribunnews.com, wanita yang dikenali dengan nama Leena JungJunja atau popular dengan gelaran Leena Jung bukanlah orang biasa-biasa.

Iklan

Usahawan berjaya bergelar ahli politik tersebut memiliki segala-galanya, hasil daripada keuntungan perniagaan hartanah, kosmetik dan pakaian.

Baca juga Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi

Pendek kata, sesiapa yang berjaya mengahwini wanita kaya berkenaan, hidupnya pasti senang-lenang dan tidak perlu bekerja keras lagi.

Pun begitu, rata-rata bekas suaminya bukan calang-calang, malah jauh lebih muda daripadanya.

Apa yang menghairankan, usia perkahwinan mereka bagaimanapun tidak kekal lama. Pelik jugakan?

Menurut laporan portal berkenaan, wanita kaya tersebut mempunyai hobi yang pelik sehinggakan pasangannya tidak sanggup hidup bersama lagi.

Leena dikatakan menetapkan syarat bahawa bakal suaminya mesti seorang yang botak dan mampu melayannya tidak kira masa.

Baca juga Taksub cinta janda, warga emas kerugian lebih RM200 ribu

Janda kaya yang memiliki dua orang anak itu bagaimanapun hanya memilih pasangan muda berusia 25 tahun, memiliki ketinggian 1.8 sentimeter, bertubuh sasa dan berat kurang 70 kilogram.

Lagi mengejutkan adalah permintaan terakhirnya iaitu lelaki tersebut sanggup melayani kehendaknya sebanyak 28 kali dalam tempoh sehari.

Tepuk dahi dibuatnya.

Pun begitu, meskipun semua syarat sudah diumumkan untuk mencari calon ke-9 pada tahun 2017 lalu, namun mereka yang datang untuk mencuba nasib bukanlah sendikit.

Seramai 60,000 pemuda cuba meraih cinta wanita kaya tersebut.

Percayalah, kuasa viral membuatkan ramai mahu mendampingi jutawan itu dengan harapan setinggi gunung.

Dalam ramai-ramai calon, akhirnya seorang pemuda dikenali dengan nama Rangsee Saransiriborriruk berjaya menawan hati Leena.

Namun, perkahwinan yang dimeterai untuk kali ke-9 hanya mampu bertahan dalam tempoh sebulan sahaja.

Bagaikan tidak serik-serik mencari cinta sejati, wanita itu pernah mengumumkan mahu berkahwin buat kali ke-14 pada tahun 2019.

Nekad mahu mencari pasangan lebih baik, wanita berkenaan juga sanggup menjalani pembedahan plastik supaya wajahnya lebih muda.

Malangnya, pengorbanan hanya sia-sia. Bukan sahaja ditipu, lelaki yang dipuja melarikan diri dengan kereta Mercedes-Benz miliknya bernilai hampir RM1.26 juta.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Nasib malang terus menghantui wanita itu apabila pandemik Covid-19 turut menjejaskan perniagaannya dan karier sebagai ahli politik.

Portal sama turut menulis, Leena juga pernah juga menawarkan diri sebagai calon wakil rakyat dan Perdana Menteri Thailand, namun semuanya tidak kesampaian.

Penampilan terbaharu dalam satu rancangan televisyen tempatan di Thailand baru-baru ini juga mendedahkan mengenai keadaan yang kini dibelenggu masalah kewangan.

Selain sering ditipu lelaki dan juga bekas suaminya, perniagaan beliau juga terjejas.

Hal tersebut membuatkannya serik untuk bercinta lagi dan kini fokus mencari kebahagiaan diri.

Aduhai sedih juga ya kisah wanita ini, namun syarat yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal juga.