KITA semua pasti mempunyai impian dan matlamat tersendiri. Namun tanpa usaha, ia tidak akan menjadi kenyataan.
Seperti seorang wanita ini yang mamasang niat untuk menunaikan umrah dengan menabung duit syiling.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Siapa sangka dengan hanya menyimpan duit syiling selama tiga tahun seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia mampu menyimpan sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85).
Menerusi perkongsian di laman Instagram sambasinformasi, kelihatan seorang wanita yang sempat bergambar bersama duit syiling yang disimpan sebelum membungkusnya ke dalam plastik.
Selain itu, turut kelihatan beberapa individu lain membantunya dalam mengira duit syiling tersebut.
Difahamkan duit simpanan tersebut akan digunakan bagi menunaikan umrah.
Perkongsian berkenaan meraih perhatian warga maya. Mereka mendoakan semoga urusan wanita tersebut dipermudahkan serta dapat menunaikan niat baiknya itu.
Ada antara mereka yang kagum dengan kegigihan wanita itu menyimpan wang tambah lagi digunakan untuk ke Tanah Suci.
Sumber: Suara.Com