Korea mula beri dos keempat vaksin Covid-19, hanya individu imunisasi rendah

Iklan
vaksin

SEDANG negara kita dalam pelaksanaan pemberian suntikan ketiga atau dos penggalak (booster), negara lain dilihat lebih ke hadapan dalam membanteras Covid-19.

Iklan
Iklan

Omicron mencatatkan kes yang tinggi di negara itu, namun tetapi vaksinasi yang meluas dengan suntikan penggalak pertama diterima oleh lebih 57 peratus daripada populasi 52 juta, membantu mengurangkan kematian dan jangkitan serius, lapor Reuters.

Kata seorang pegawai vaksinasi, dos keempat mula ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tahap imunisasi yang lemah atau ada mengambil imunosupresan.

Iklan

Menurut laporan Korea Bio Med, pihak berkuasa juga akan memberi dos keempat itu kepada kira-kira 500,000 kaki tangan hospital mulai minggu pertama bulan Mac ini.

Ujarnya, kaki tangan tersebut boleh ambil dos keempat itu sebaik saja selepas 120 hari menerima dos ketiga.

Iklan

Katanya, keputusan memberikan suntikan keempat itu bertujuan meminimumkan jumlah kes kematian dan mengalami simptom yang teruk dikala gelombang Omicron sedang melanda.

Sementara itu, dalam sidang akbar menerusi Korea Bio Med, Pengarah KDCA Jeong Eun-Kyeong, menafikan kemungkinan untuk tidak memberikan dos keempat kepada orang awam.

Katanya, penerima dos keempat termasuk kira-kira 500,000 individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan, dan 1.3 juta yang lain yang mengalami gangguan imun.

Bagaimanapun, mereka yang di luar kumpulan ini belum dinasihatkan untuk menerima vaksin tambahan.

Baca juga Dianggap wira, lelaki Turki tanam lebih 30 juta pokok, berjaya ubah tanah tandus jadi hutan

Ujarnya lanjut, pihaknya juga tidak mengaitkan dos keempat terbabit dengan pas vaksin kerana ia khas kepada mereka yang mempunyai tahap imunisasi yang rendah.

Sekurang-kurangnya 44.22 juta orang atau 86.2 peratus daripada populasi, diberi vaksin sepenuhnya.

Sebanyak 54,619 kes baharu pada Ahad menjadikan jumlah jangkitan kepada 1,405,246 menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Jumlah kematian di negara itu meningkat sebanyak 21 kepada 7,102 orang.