SEBUT sahaja rumah atau bangunan lama berhantu, mesti ramai mengaitkan dengan fenomena misteri yang sehingga kini masih gagal diterjemah dengan bukti kukuh.
Apatah lagi, insiden menyeramkan termasuk terlihat susuk tubuh misteri, diganggu entiti dan rakaman makhluk ghaib membuatkan ramai mempersoalkan sama ada ia benar atau sebaliknya.
Bukan sahaja di dalam negara memiliki cerita misteri, malah di negara jiran seperti Indonesia juga turut berkongsi kisah serupa.
Lapor jawapos.com, misteri rumah agam yang terletak di Jalan Letjen S. Parman, Kecamatan Gajahmungkur, Kota Semarang kembali menghantui netizen baru-baru ini.
Cerita terbaharu yang dikongsikan, penduduk setempat melihat susuk entiti dipercayai seorang wanita bersama adiknya berada di balkoni rumah yang sudah lagi tidak berpenghuni.
Selain digelar sebagai rumah genderuwo, orang kampung percaya kediaman yang dibina dengan sentuhan ala Eropah tersebut sangat berpuaka.
Memetik laporan itu, banglo misteri itu dikatakan dihuni sejenis 'bangsa' jin yang mirip kera dan dipercayai wujud seperti manusia.
Dipendekkan cerita, terdapat dua versi mengenai cerita menyeramkan tersebut yang mana rumah itu asalnya dihuni keluarga yang berasal dari Sepanyol.
Selepas dikatakan berhijrah semula ke negara asal, kediaman mewah itu ditinggal dan terbiar begitu sahaja sehingga menjadi port jenayah.
Memetik laporan berkenaan lagi, teratak yang terletak di tepi bukit tersebut juga dikatakan menjadi tempat persembunyian samseng.
Terdapat satu lagi versi yang mana tapak rumah tersebut menjadi tempat pembunuhan beramai-ramai terhadap sebuah keluarga yang sehingga kini dikatakan pelakunya masih bebas.
Memetik kenyataan seorang penduduk yang dikenali dengan nama Seto, dirinya juga meremang ketika melangkah masuk kawasan rumah tersebut.
Lagi-lagi kediaman kotor itu dipenuhi semak, akar pokok melingkar membuatkannya nampak menakutkan.
Seorang lagi penduduk yang dikenali dengan nama Vidi memberitahu, beliau juga pernah melihat susuk dua beradik perempuan yang disangka penghuni asal rumah tersebut.
"Saya pernah melihat susuk seorang wanita dewasa dan kanak-kanak yang berdiri di balkoni di tingkat dua berhadapan jalan," ceritanya.
Kemunculan mahkluk misteri tersebut dikatakan pembawa petanda buruk.
Antaranya seperti ular akan dilihat melintas di rumah tersebut sebelum kemalangan berlaku.
Baca juga [VIDEO]"Mula-mula seram, lama-lama baran dibuatnya"- Abang lori terjah cari pengetuk bikin meremang
Bukan itu sahaja, penduduk tempatan juga pernah ternamapk kelibat pontianak yang muncul berterbangan dengan suara yang menakutkan.
Misteri rumah agam tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja apabila kemunculan makhluk bertubuh besar bak gergasi muncul di sekeliling pokok besar yang tumbuh di halaman rumah.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Fuh! Agak menggerunkan bagi mereka yang tidak kuat semangat. Mana tidaknya, pelbagai versi dikongsikan mengenai rumah banglo mewah tersebut.
Tidak kurang juga ramai mengakui desain dalaman rumah tersebut memang cantik dengan ukiran mural pada dinding yang masih utuh.
Berani atau tidak jika diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke rumah tersebut?
Apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja ya! #kitajagakita #kitalaluibersama