AKIBAT tersalah beg, lima perompak di Kabupaten Indramayu, Indonesia berputih mata dalam kejadian Khamis lalu.
Itu kerana beg yang dirompak hanya berisi lampin.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Menurut Ketua Polis Jatibarang, Kompol Ujang Rohimin, suspek ketika itu bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita yang meletakkan kenderaannya di RTH Jatibarang.
Setelah menerima laporan, anggota segera ke lokasi kejadian dan memeriksa apa yang ada di dalam kereta.
Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengambil beg plastik berisi lampin.
Ujarnya lanjut, kelima-lima suspek telah pun ditahan dan mereka sebelum ini pernah didakwa memecah masuk kereta rasmi Waka Polres Lebak.
Baca juga 10 fakta Ribut Eunice, membadai UK dan Eropah 196 km/j, ragut 16 nyawa
Hasilnya mereka dipercayai berjaya mencuri wang sebanyak 100 juta rupiah (anggaran RM29,214.12) pada Disember 2021. Suspek masih dalam siasatan polis.
Sumber: Kompas