KEJAM! Itulah perkataan yang pertama muncul dalam fikiran tatkala mengetahui kisah pemuda ini yang hampir maut apabila darahnya ‘diperah’ hampir satu liter sebulan.
Segala-galanya bermula apabila pemuda bernama Li menerima iklan pekerjaan untuk bekerja sebagai bouncer kelab malam di wilayah Guangxi, barat daya China, lapor Beijing Youth Daily.
Dia bagaimanapun terperangkap jenayah pemerdagangan orang dan diseludup ke Sihanoukville, Kemboja.
Penjenayah menjualnya dengan harga £13,598 (kira-kira RM77,296.23) kepada kumpulan lain. Mereka kemudian cuba memaksanya bekerja untuk pelbagai skim penipuan telemarketing.
Baca juga: Bapa Ke Tandas Sebentar, Anak 8 Tahun Maut Jatuh Gelongsor Air 50 Kaki Sedang Diselenggara
Pada bulan September Li enggan pergi dan mengambil wang tebusan. Susulan itu, penculik Li mula bertindak kejam melakukan pengambilan darahnya berulang kali.
Kadar derma darah yang disarankan ialah sekitar 16oz atau 470 mililiter (ml) tetapi tetapi Li terpaksa mendermakan 27oz (800ml).
Baca juga: Sampai Hatimu Ibu! Demi Kekasih, Anak 3 Tahun Ditinggalkan Seminggu Maut
Lelaki dewasa dibenarkan menderma darah setiap 12 minggu manakala wanita pula 16 minggu sekali.
Bagaimanapun Li terpaksa mendermakan 800ml setiap bulan selama enam bulan. Sungguh tidak berperikemanusian!
Penjenayah menjual darah Li kepada pembeli persendirian dalam talian.
Li, yang sebelum ini merupakan pengawal keselamatan di Shenzhen dan Beijing berkata sekurang-kurangnya tujuh lelaki lain telah ditangkap bersamanya.
Dia memberitahu South China Morning Post darahnya paling banyak diambil kerana dia memiliki jenis darah universal O. Jenis darah O merupakan Penderma Universal yang mana ia boleh diterima oleh semua kumpulan darah.
Li dianggap sebagai alat untuk membuat wang oleh kumpulan penjenayah itu.
Baca juga: Elak diri jadi mangsa penjenayah! Jom semak fakta bagi mengetahui bahasa tubuh si penipu
Li akhirnya melarikan diri apabila seorang ahli kumpulan itu mengkhianati rakan-rakannya. Dia dimasukkan ke hospital pada 12 Februari dan mengalami pelbagai kegagalan organ susulan pendermaan darah ekstrem. Namun kini Li berada dalam keadaan stabil.
Kedutaan China di Kemboja mengesahkan kisah Li. Mereka mengingatkan warga China yang ingin bekerja di Kemboja supaya mengikuti saluran rasmi dan tidak mempercayai iklan palsu pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi.
Ikuti kami di Instagram!
Sumber: Metro UK