MENJADI ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak ilmu yang perlu dipelajari lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru berumah tangga.
Pun begitu, kadang-kadang pengalaman juga boleh mengajar kita untuk menjadi ibu bapa yang lebih berhati-hati dalam mengendalikan anak-anak terutamanya masih bayi.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Difahamkan, dia terkejut apabila anaknya kelihatan lain daripada biasa.
Menerusi perkongsian video di TikTok @YustiRidayanti, dia mengatakan anaknya yang berusia tiga hari itu bengkak dada akibat diberi makan biskut.
Lagi mengejutkan , bayi tersebut disuap kudapan biskut sebanyak tiga kali sehari oleh ibu mentuanya sendiri. Aduhai!
Sementara itu dalam satu perkongsian yang lain, dia menyatakan bayinya kini makin sembuh.
Baca juga Kanak-kanak alami sindrom ‘rare’ rambut tidak boleh disikat, hanya dihidapi 100 orang di dunia
Jelas wanita itu, dia tahu mengenai perkara itu namun tidak dapat menghalang perbuatan ibu mentuanya itu kerana sudah banyak kali bertindak begitu tetapi gagal.
Video tersebut ternyata mendapat perhatian warga maya yang terkejut serta geram dengan tindakan mentuanya.
Buat ibu bapa muda, bayi hanya boleh makan apabila sudah berusia enam bulan ke atas sahaja. Susu ibu sudah mencukupi untuk bayi berusia di bawah enam bulan.
Sumber: TikTok Yustii Ridayantii