Kejam! Kerana mahukan anak lelaki, bapa 'gila' tembak mati bayi perempuan

Iklan
Remaja 'simpan' bayi dalam peti ais hingga maut

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan! Begitulah yang boleh dikatakan tindakan seorang bapa yang menembak mati bayi perempuan berusia tujuh hari.

Lelaki Pakistan itu bertindak sedemikian berikutan mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Suspek dikenali sebagai Shahzaib Khan pada mulanya menghilangkan diri setelah mendapat tahu isterinya melahirkan bayi perempuan.

Namun pada hari ketujuh kelahiran, lelaki itu pulang memasuki rumah berkenaan lalu meminta isterinya menyerahkan Jannat sebelum bertindak di luar kawalan dengan menembak mangsa sehingga mati.

Iklan

Susulan itu, bapa saudara kepada mangsa, Hidayatullah Khan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Ketika insiden tersebut berlaku Hidayatullah cuba menyelamatkan mangsa namun suspek bertindak mengacukan pistol ke arahnya dan saudara-mara yang lain.

Moga si bapa durjana itu mendapat balasan yang setimpal.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI