Sakit kejang perut disangka penyakit bahaya, rupa-rupanya wanita ini hamil tanpa sedar saat bersalin

Iklan
mengandung tanpa sedar

LAZIMNYA wanita yang disahkan mengandung akan mengalami fasa alahan sama ada ringan mahu pun kritikal.

Malah, mereka juga akan mengalami perubahan bentuk badan terutamanya pada bahagian perut, malah berat pun semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Pun begitu, lain pula kisah wanita di Missouri, Amerika Syarikat yang tidak menyedari dirinya mengandung sehinggalah tiba saat bersalin.

Kisah Abby Vollet mengejutkan ramai pihak apabila sakit kekejangan perut yang dikatakan misteri dan disangka penyakit bahaya itu rupa-rupanya tanda mahu bersalin.

Iklan

Lapor 7news.com, keajaiban penuntut kolej berusia 22 tahun itu yang selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan membuatkan ramai terkejut.

Iklan

Bayi comel yang dinamakan sebagai Khalani itu dilahirkan ketika usia kandungan 35 minggu.

Menurut laporan portal tersebut, wanita terbabit yang mengadu sakit kram yang teruk pada bahagian perut dan dibawa oleh ibunya terus ke unit kecemasan.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan lanjut, doktor pakar memaklumkan bahawa pelajar itu mengalami tanda-tanda untuk bersalin dan terpaksa melakukan pembedahan kecemasan.

Meskipun dimaklum pihak doktor mengenai 'punca' sakit tersebut, wanita berkenaan seolah-olah tidak percaya dirinya mengandung kerana tidak mengalami sebarang alahan langsung.

Apatah lagi menurut laporan tersebut, Vollet merupakan seorang yang aktif berpesta dan minum minuman beralkohol tanpa menyedari kehadiran si kecil tersebut.

Bac juga Wanita 73 tahun terkejut janin 'batu' berada di perutnya selama 35 tahun! Ini sebenarnya yang terjadi

Memetik portal tersebut, dia mengakui dirinya tidak mengalami gejala hamil, malah berat badannya juga tidak bertambah.

"Saya masih terkejut kerana pertama kali berdepan situasi ini dan ketika doktor membuat ultra sound dan memberitahu saya hamil, ia sangat mengejutkan," katanya.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengandaikan usia kandungannya kira-kira 20 minggu, namun pemeriksaan lanjut mendapati bayi berkenaan sudah berusia 35 hingga 37 minggu selepas dibedah.

Lebih mengejutkan, doktor memaklumkan kedudukan bayi berada pada bahagian belakang tulang rusuk sepanjang tempoh kehamilan.

Baca juga Mulanya sakit perut sebelum tahu diri hamil, kelahiran cryptic pregnancy bukan main-main

Situasi itu mungkin membuatkan wanita itu tidak merasai sebarang tendangan bayi, malah perutnya juga tidak membesar seperti wanita hamil yang lain. Ajaib bukan?

Kehadiran si comel tersebut juga disangka sebagai gurauan oleh teman-temannya apabila Vollet menceritakan kisah ajaib berkenaan ketika April Fool tahun lepas.

Mana tidaknya, selepas mengadu sakit perut melampau dan dikejarkan ke unit kecemasan, kemudiannya pulang membawa kejutan yang tidak disangka-sangka.

Nasib baiklah bayi comel itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tidak dinafikan, banyak kes kehamilan tidak disedari dialami para wanita di seluruh dunia, apatah lagi kitaran haid teratur setiap bulan.

Apa pun, kehadiran si kecil yang tidak disangka-sangka dapat dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. #kitalaluibersama #kitajagakita