Hanya minum air hujan, 2 budak lelaki hilang 4 minggu di hutan Amazon ditemui selamat

Iklan
Amazon

DUA kanak-kanak lelaki yang telah hilang selama hampir empat minggu di hutan Amazon, Brazil ditemui selamat dan dibawa ke hospital.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak tersebut ditemui seorang pembalak tempatan secara tidak sengaja pada 15 Mac lepas.

Kedua-dua kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan tetapi dijangka pulih sepenuhnya selepas dimasukkan ke hospital.

Iklan

Malangnya, budak lelaki itu hilang semasa musim hujan Amazon, yang mana aktiviti berjalan dan bergerak di dalam hutan lebih sukar daripada biasa.

Iklan

Perkhidmatan kecemasan telah memutuskan untuk menghentikan pencarian pada 24 Februari namun penduduk tempatan terus berusaha mencari budak lelaki itu, menurut media tempatan Amazonia Real.

Seorang daripada kanak-kanak lelaki itu menjerit meminta tolong apabila terdengar seseorang menebang pokok berhampiran.

Apabila mendengar panggilan itu, lelaki itu mendapati dua budak lelaki itu terbaring di atas tanah, lapar dan lemah dan banyak lepuh pada kulit.

Menurut media tempatan, dua budak lelaki itu memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka tidak makan apa-apa ketika sesat, hanya minum air hujan.

Ini bukan kali pertama manusia tersesat di hutan hujan Amazon.

Pada Januari tahun lalu, juruterbang Antonio Sena hilang selama 36 hari di salah satu bahagian terpencil Amazon Brazil selepas pesawatnya terhempas.

Sumber: Tribunnews

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI