BARU-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan ritual dipercayai bertujuan mengelakkan hujan turun ketika berlangsungnya acara MotoGP di Litar Mandalika, Indonesia.
Tidak hanya rakaman penonton, kamera penyiar yang memfokuskan aktiviti itu menyebabkan ia tular.
Video ritual itu berdurasi 17 saat turut dikongsikan twitter rasmi MotoGP. Menerusi tinjauan SinarPlus, ia telah ditonton 3.1 juta kali.
BERKAKI AYAM
Kehadiran Rara yang melakukan ritual itu segera menarik perhatian masyarakat umum, daripada penunggang hinggalah netizen Indonesia.
Kompas melaporkan pawang hujan dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari, menarik perhatian dunia setelah memasuki kawasan depan ‘paddock’ dan trek litar.
Rara dilihat membawa sebiji mangkuk serta berjalan berkaki ayam di sekitar litar yang baru dirasmikan pada 12 November 2021 lalu ketika hujan lebat.
MENDAPAT KEBENARAN
Menurut Kompas, orang ramai mepersoalkan bagaimana Rara melepasi kawalan ketat ke ruangan ‘paddock.’
Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) selaku pengendali litar berkata berkata pawang hujan itu mendapat kebenaran khas daripada pemegang hak komersial dan TV eksklusif untuk kejohanan perlumbaan motosikal terkemuka, Dorna.
Baca juga: Video ritual ‘tolak’ banjir tular, Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat, berikut 10 info kejadian
"Permintaan pawang hujan datang dari Dorna, saya tidak tahu sebab pastinya.
"Tanpa kebenaran daripada Dorna dan FIM tiada sesiapa pun dibenarkan melalui penghadang antara ruang awam dan pelumba,” kata Presiden MGPA, Priandhi Satria pada Ahad.
Difahamkan cuaca sekitar panas terik tiba-tiba hujan turun dengan lebat menyebabkan perlumbaan terpaksa ditangguhkan kira-kira 75 minit daripada jadual asal demi keselamatan pelumba.
Rara dikatakan bertugas sebagai pawang hujan bagi acara itu sejak 1 Mac lalu dengan bayaran Rp5 juta sehari. Selama 21 hari, jumlah bayaran diterimanya ialah Rp 105 juta iaitu RM30,774.00
VIDEO PANAHAN KILAT TULAR
Menerusi salah satu video yang dimuat naik di media sosial, panahan kilat turut berlaku di litar berkenaan hingga mengejutkan orang ramai dan pelumba.
Dentuman yang kuat kedengaran apabila kilat ‘menyambar’ litar itu.
Panahan petir itu juga diiringi dengan hujan lebat sehingga menyebabkan orang ramai yang hadir gusar akan keselamatan.
RITUAL TOLAK HUJAN HARAM DALAM ISLAM
Menurut Pejabat Mufi Wilayah, upacara menolak hujan tersebut adalah dengan cara melakukan ritual tertentu seperti yang dilakukan oleh masyarakat dan adat tertentu haram hukumnya dan bercanggahan dengan ajaran Islam.
"Ada yang memacakkan penyapu dan menghalakan ia ke langit atau mencampakkan pakaian pengantin ke atas atap. Maka kesemuanya ini adalah amalan khurafat yang Justeru, kami menasihati kepada seluruh umat Islam agar menjauhi perkara-perkara seperti ini,” katanya.
Baca juga: Hanya perlu gambar dan nama, Ustaz menyamar ‘call’ dukun bongkar servis sihir pemisah
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI