Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat

Iklan
Untitled design - 2022-04-21T105055.922

SEORANG wanita tidak menyangka, tindakannya yang mempelajari bahasa isyarat melalui laman TikTok yang viral telah menyelamatkan dirinya daripada diculik dan dibunuh oleh teman lelaki sendiri.

Kejadian yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat itu menyaksikan seorang wanita yang tidak dinamakan sedang melawat abangnya sebelum bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Johnathon Smith, 31, 'mengambilnya'.

Iklan
Iklan

UK Mirror yang memetik kenyataan wakil Pejabat Syerif Daerah Hickman, Leftenan Mike Dodo berkata, semasa di dalam kenderaan, kedua-duanya telah bergaduh.

Baca juga [VIDEO]"Makcik steady!” Gelagat wanita bagi isyarat tangan buka laluan kepada ambulans raih perhatian warganet

Iklan

"Wanita berkenaan minta untuk dilepaskan, tetapi Smith enggan berbuat demikian, sebaliknya mengugut untuk membunuhnya dengan pemutar skru dan berkata, 'jika dia tidak dapat memiliki wanita itu, tiada siapa yang boleh memilikinya'," katanya.

Namun, sebaik tertuduh memberhentikan kereta di sebuah stesen minyak dan mereka berdua masuk ke dalam premis berkenaan, mangsa melakukan perkara bijak dengan menggunakan bahasa isyarat menunjukkan beliau dalam 'kesusahan'.

Iklan

Secara kebetulan, juruwang yang berada di kaunter memahaminya dan kemudian bertindak menghubungi talian bantuan kecemasan 911.

"Mereka telah menghalang tertuduh menyemak awal (urus niaga) dengan mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pihak pengurusan.

Baca juga Tular mesej peringatan culik, jual organ kanak-kanak, PDRM sahkan palsu

"Pun begitu, tertuduh menyedari apa yang berlaku dan membawa wanita itu semula ke kereta dan beredar. Bagaimanapun, kenderaan polis segera mengejar mereka," katanya.

Tidak mudah untuk mencekup suspek berkenaan. Selepas merempuh jalan termasuk anak sungai, barulah dia berjaya ditangkap lebih kurang 15 minit.

"Suspek juga melakukan cubaan untuk berjalan kaki merentasi anak sungai, tetapi tak berjaya. Mangsa bagaimanapun tidak cedera dalam rempuhan itu dan diselamatkan oleh polis," katanya.

Suspek didakwa atas tuduhan menculik dan serangan domestik.

Melihat kepada cerita yang berlaku di Kentucky ini, nampaknya bahasa isyarat sangat berguna untuk dipelajari.

Tidak kiralah untuk menyelematkan diri sendiri, malah ia memberi ruang kepada kita untuk berkomunikasi kepada mereka yang kurang upaya.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI