WANITA Jepun yang dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia, Kane Tanaka meninggal dunia pada usia 119 tahun pada Isnin lalu.
Mendiang dipercayai dilahirkan pada pada 2 Januari 1903 di Fukuoka, Jepun iaitu tahun yang sama ketika Wright bersaudara melakukan penerbangan untuk kali pertama dan ketika saintis, Marie Curie menjadi wanita pertama memenangi Hadiah Nobel.
Menurut Kompas, sebelum itu Tanaka dilaporkan berada pada tahap kesihatan yang baik ketika di rumah jagaan, malah gembira bermain permainan papan, menyelesaikan masalah matematik, minum soda dan menikmati coklat.
Mengimbau kembali zaman mudanya, wanita hebat tersebut telah menjalankan pelbagai perniagaan, antaranya mengusahakan kedai mi dan kedai beras.
Beliau melangsungkan perkahwinan dengan Hideo Tanaka pada tahun 1922 dan dikurniakan lima orang anak. Salah satunya ialah anak angkat.
Lapor media itu lagi, mengikut perancangan, Tanaka sepatutnya mengambil bahagian dalam larian obor di Olimpik Tokyo tetapi terpaksa membatalkan keinginan disebabkan pandemik.
Guinness World Records (GWR) yang mengiktirafnya sebagai wanita tertua pada tahun 2019 pernah bertanya apakah saat paling bahagia dalam hidupnya?
Jawabnya ringkas:"Masa sekarang."
BELAJAR MATEMATIK DAN KALIGRAFI
Apa rahsia yang membuat Tanaka mempunyai usia yang panjang?
Difahamkan, rutin harian wanita hebat itu adalah bangun seawal jam 6 pagi.
Pada waktu petang pula, masanya dihabiskan dengan belajar matematik dan berlatih kaligrafi.
Baca juga Mudah, sihat dan ringkas. Bersahur dengan biskut Munchy's Oat Krunch perisa kurma
Media GWR pernah melaporkan bahawa salah satu hiburan kegemaran Tanaka adalah permainan Othello.
"Beliau paling mahir dalam permainan papan klasik dan selalu sahaja kalahkan staf di pusat jagaannya," kata GWR.
Gabenor Seitaro Hattori turut memuji kehidupan Tanaka setelah beliau meninggal dunia pada 19 April lalu.
Ujar Hattori, pihaknya uenunggu untuk melihat Tanaka pada Hari Penghormatan untuk Orang Tua pada September depan dan meraikan bersama-sama dengan minum soda dan makan coklat kegemarannya.
"Saya amat berdukacita dengan perkhabaran itu," katanya.
Dalam pada itu, menurut laporan data Bank Dunia, negara Jepun mempunyai penduduk paling tua di dunia kira-kira 28 peratus dan berumur 65 tahun ke atas.
Difahamkan, wanita tertua yang masih hidup ketika ini ialah Lucile Randon, berusia 118 tahun.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI