Kerja gila! Pengantin perempuan didakwa sanggup hidangkan ganja kepada para tetamu. Ini yang terjadi...

Iklan
design

TERKEJUT! Siapa sangka tujuan hadir ke majlis perkahwinan untuk meraikan pengantin bertukar menjadi mimpi ngeri.

Masakan tidak, sebilangan tetamu dilaporkan mengalami muntah-muntah, pening kepala dan kekejangan perut sebaik sahaja hadir majlis perkahwinan tersebut pada Februari lalu.

Iklan
Iklan

Kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat itu memperlihatkan pasangan berusia 41 dan 31 tahun tersebut, berdepan dengan tuduhan cuai, gangguan dan mengedar dadah jenis ganja.

Memetik laporan ladbible.com, pihak polis membuat ujian terhadap makanan ke atas lasagna dan roti.

Iklan

Keputusan menunjukkan kedua-dua makanan tersebut positif dadah.

Menurut salah seorang tetamu, dirinya berasa sakit dan pening-pening selepas makan.

Iklan

[caption id="attachment_81016" width="800"] Miranda Cady[/caption]

"Sakit dan hayal, itu yang berlaku pada kami. Sepanjang acara juga, kami semua gembira sambil menari di lantai tari termasuk menangkap lontaran bunga pengantin.

"Secara perlahan-lahan saya berasa pening dan keadaan bilik seakan berputar serta keadaan menjadi tidak tentu arah," ujar saksi yang dikenali sebagai Miranda Cady.

Sedar akan dirinya mula merasakan sesuatu berbeza, Cady menulis pesanan ringkas menceritakan situasi berlaku kemudian menghantar kepada dirinya sendiri.

"Saya bimbang jika sebarang perkara berlaku atau tidak berjaya hidup pada haritu, sekurang-kurangnya orang lain tahu apa terjadi kepada saya," tambahnya lagi.

Meskipun hal tersebut telah heboh, Glenny bagaimanapun tidak mengaku mencampurkan dadah ke dalam makanan tetamu.

Bila membaca cerita sebegini, tak tahu apa nak cakap. Kalaulah berlaku di Malaysia, sekejap sahaja pihak polis sudah ambil tindakan. Perkara macam ini bukan main-main.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI