6 perkara penting berkaitan fenomena langit merah di bandar raya China

Iklan
6 perkara penting berkaitan fenomena langit merah di bandar raya China

SABTU lalu, tular rakaman foto dan video memaparkan langit di bandar raya Zhoushan, Beijing, China bertukar menjadi merah.

Menurut laporan Daily Star, pemandangan langit yang bertukar warna menjadi merah seperti darah.

Iklan
Iklan

Kejadian itu berlaku pada waktu malam apabila langit bertukar warna dengan kehadiran lapisan kabus yang tebal.

Fenomena itu dikatakan berlaku di tepi pelabuhan bandar raya menimbulkan tanggapan bahawa ia berlaku disebabkan terdapat kejadian kebakaran yang tidak terkawal.

Iklan

Malah, ia turut menjadi topik perbincangan di media sosial seperti aplikasi Sina Weibo, sehingga mendapat lebih 150 juta tontonan.

Di Douyin, pengguna TikTok menyatakan langit merah itu sebagai petanda buruk terhadap cara pengendalian pandemik Covid-19 oleh China yang kini muncul semula di Shanghai.

Iklan

Namun, media tempatan menjelaskan fenomena cuaca aneh itu bukanlah petanda dunia akan berakhir.

Baca juga Tebus tiket percuma melalui mesin tikam, ganjaran penerbangan ke destinasi misteri jadi trend di Jepun

Berikut enam perkara penting tentang fenomena berkenaan;

  1. Menurut media di China, ia sebenarnya hasil daripada pembiasan cahaya.

2. Kata seorang kakitangan Biro Meteorologi di Zhoushan seperti yang dipetik daripada Global Times, apabila keadaan cuaca baik, lebih banyak air di atmosfera membentuk butiran pepejal yang membiaskan dan menyerakkan cahaya bot nelayan serta mencipta langit merah yang dilihat oleh orang ramai.

3. Kejadian langit menjadi merah pernah terjadi selama sembilan hari di kebanyakan negara pada tahun 1770.

4. Menurut saintis Jepun dalam artikel pada tahun 2017, kejadian pada tahun 1770 itu berlaku disebabkan oleh aktiviti solar.

5. Seorang pakar daripada pasukan penyelidik fizik angkasa Universiti Geosains China di Wuhan memberitahu media bahawa aktiviti solar dan geomagnet pada Sabtu lalu adalah tenang dan tidak ada sesuatu yang luar biasa berlaku ketika itu.

6. Menurut rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) milik kerajaan, sebuah syarikat nelayan tempatan mengesahkan bahawa pembiasan cahaya merah itu datang dari salah satu bot nelayan mereka.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI