Lelaki menyamar jadi tarzan selepas tikam kekasih sampai mati, berikut kronologi kes

Iklan
tarzan bunuh

GARA-GARA tidak dapat menerima hakikat kekasih mahu kembali rujuk dengan bekas suami, seorang lelaki di Indonesia sanggup membunuh dengan kejam.

Suspek yang berusia 30 tahun itu dikatakan bertengkar di rumah kekasihnya di Kecamatan Cibadak, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Lapor kompas.com, lelaki berkenaan yang baru empat bulan menjalinkan hubungan cinta tersebut tidak mahu menerima keputusan kekasihnya untuk kembali kepada bekas suami.

Iklan

Malangnya, pergaduhan mulut berubah menjadi teruk apabila suspek bertindak menikam mangsa dengan pisau tanpa belas kasihan.

Kejadian mengerikan berkenaan disedari jiran berhampiran dan suspek yang panik kemudiannya melarikan diri ke kawasan hutan di Gunung Walat.

Iklan

Baca juga Isteri dibunuh sehari sebelum raya angkara media sosial, 9 fakta berkaitan

Wanita malang yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian leher dan tangan kanan ketika kejadian tragis tersebut.

Akibat pendarahan kritikal, mangsa berusia 33 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Kes dikenal pasti sebagai motif cemburu apabila mangsa mahu memutuskan hubungan untuk kembali kepada bekas suaminya.

Baca juga Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat

Tragis berdarah tersebut menggemparkan Jawa Barat apabila suspek masih belum dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.

Menurut portal itu lagi, pihak polis turut melakukan operasi menangkap suspek di kawasan hutan yang dikenal pasti.

Barangkali kawasan hutan tebal menyukarkan misi selama tiga hari kerana suspek dikatakan berjaya lolos daripada pandangan.

MENYAMAR JADI TARZAN

Sepanjang persembunyian di hutan berkenaan, rupa-rupanya suspek menyamar menjadi tarzan! Ya, itu yang dilakukannya!

Dengan rambut panjang tidak terurus dan berlakon tidak faham bahasa manusia pada mulanya berjaya mengaburi mata pihak polis.

Pun begitu, selepas diselidik lebih lanjut terutama selepas pembongkaran rambut palsu, penjenayah terbabit akhirnya berjaya ditangkap.

Hasil tangkapan itu juga mendapati, senjata membunuh berupa pisau juga dapat dirampas sebagai bukti kes.

Baca juga Sanggup bunuh isteri, campak anak hidup-hidup dalam tangki minyak, kisah benar wanita malang...

Suspek berdepan hukuman penjara 20 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

Aduhai kerana cinta tidak berbalas, suspek sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Moga insiden itu memberi iktibar kepada semua.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI