TIDAK menyangka sikap panas baran secara tiba-tiba yang ditonjolkan oleh lelaki Singapura ini merupakan petanda dia menghidap tumor otak.
Memetik laporan Mothership, sebelum mengetahui dia menghidap penyakit itu, dia bukanlah seorang yang panas baran.
Namun, lelaki ini mulai menunjukkan sisi yang tidak pernah terlihat dalam dirinya iaitu melakukan penderaan terhadap ahli keluarga.
Walau bagaimanapun, setelah menjalankan pembedahan otak, lelaki ini mendapat peluang kedua untuk bersama kembali dengan isteri dan keluarganya.
Baca juga: Tidur atas lantai boleh menyebabkan masalah kesihatan? Ini penjelasan pakar
PERUBAHAN SIKAP
Disangkakan perintah berkurung sewaktu pandemik Covid-19 menjadi utama perubahan sikap kerana perubahan cara bekerja.
Persoalan mengapa dia marah dan mengapa dia melakukan semua ini menjadi tanya tanya kepada dirinya sendiri.
Perkara ini menjadi lebih teruk apabila melibatkan penglibatan pihak ketiga iaitu polis sehingga menyebabkan pasangan itu bercerai pada Jun 2020.
Tindakan lelaki ini membuatkan dia sedar dan kesal terhadap keganasan yang dilakukan terhadap keluarganya dan itu merupakan ‘waktu gelap’ dalam hidupnya.
Sejurus perpisahan, dia berpindah keluar dari rumah keluarganya dan sewaktu itu dia mula menyedari bahawa ada yang kena dengan otaknya.
Tumor otak yang dihidapi olehnya mula menunjukkan tanda dengan mengalami kekejangan dan pengsan selama beberapa saat.
Kemudian, ia semakin kerap berlaku sekitar lapan kali sehari sehinggakan rakan sekerjanya menasihati lelaki itu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
DISAHKAN HIDAP GLIOBLASTOMA
Profesor Madya Klinikal Yeo Tseng Tsai menasihati lelaki berkenaan untuk melakukan imbasan otak.
Namun begitu, hasil pemeriksaan amat mengejutkan apabila dia dikhabarkan menghidap glioblastoma iaitu tumor otak yang jarang berlaku.
Pakar berkenaan menjelaskan bahawa ia hanya tumor kecil sekitar dua ke tiga sentimeter yang terletak di lobus temporal lelaki itu.
Menurutnya lagi, tumor itu yang menjejaskan bahagian emosi otak lalu mendorong berlakunya perubahan sikap.
"Bahagian otak ini digelar sebagai amygdala. Ia yang bertanggungjawab mengawal emosi otak seperti rasa marah dan tindak balas kepada pergaduhan,” katanya.
Namun, setelah menjalani dua pembedahan pada Julai 2021, dia kembali sihat dan tidak lagi menunjukkan sisi amarahnya seperti sebelum ini.
Baca juga: Wanita kena hati-hati pilih kasut, elak kaki 'dapat' bunion. Tiada ubat, hanya pembedahan menanti
Kredit foto: Mothership
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI