Tip untuk tentukan telur masih elok atau tidak

Iklan
Tip tentukan telur masih elok

ADA sesetengah telur akan ada tarikh luput pada bungkusan. Ada yang tak ada. Tapi kalau dah susun elok dalam peti ais, kita sendiri pun dah tak tahu bila tarikh luputnya. Jadi nak tahu elok atau tidak, kena pecahkan dulu baru tahu.

Tapi macam mana nak tahu tanpa pecahkan telur tersebut? Jangan risau, ada cara mudah boleh tolong anda macam mana nak tahu telur tu masih elok atau tidak.

Iklan
Iklan

1. Periksa kulit telur

[caption id="attachment_9546" width="1024"] PERIKSA kulit telur dulu sama ada mengalami keretakan atau tidak.[/caption]

Iklan

Periksa di sekeliling kulit telur bagi memastikan tiada sebarang keretakan. Jika sudah ada kesan retak, berkemungkinan telur tersebut sudah busuk kerana bahagian dalam sudah tidak terlindung oleh kulit. Tekstur telur yang baik juga dapat ditentukan dengan permukaan yang sedikit kasar seperti butiran halus pasir.

2. Rendam telur ke dalam air

Iklan

[caption id="attachment_9547" width="1024"] RENDAM telur dalam air untuk mengetahui kuantiti udara di dalam telur.[/caption]

Cara ini dilakukan bagi melihat kuantiti udara yang terbentuk dalam telur. Telur yang rosak akan tenggelam kerana perbentukan udara yang semakin banyak. Berbeza dengan telur elok yang masih dalam posisi di dasar cawan kerana di bahagian dalamnya masih padat.

3. Goncangkan telur

Telur yang masih elok apabila digoncang tidak akan berbunyi seperti kocakan di dalamnya kerana masih padat berbanding dengan telur rosak. Ini kerana putih telur yang elok masih padat, berbeza dengan telur yang sudah rosak.

4. Warna kuning telur

[caption id="attachment_9548" width="1024"] PERHATIKAN warna kuning telur selepas dipecahkan untuk tahu telur masih elok atau tidak.[/caption]

Warna kuning telur yang masih elok lebih terang dan masih terbentuk elok apabila dipecahkan. Berbeza dengan telur rosak, warna kuningnya lebih pucat dan menjadi ‘pecah’ selain daripada warna putihnya yang tidak likat seperti biasa.

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH