Kahf Malaysia raih penghargaan di Anugerah FMCC Asia 2024, tampilkan Alif Satar untuk kempen kesedaran #JalanYangKupilih

Iklan

JENAMA Kahf Malaysia membuktikan produk penjagaan diri kaum lelaki juga mampu bersaing dan menakluki pasaran di Malaysia.

Ini terbukti apabila berjaya label tersebut baru-baru ini meraih penghargaan Product Launch of the Year di Anugerah FMCG Asia 2024.

Iklan
Iklan

Anugerah berkenaan mengiktiraf kejayaan besar Kahf dalam memasuki pasaran penjagaan diri lelaki di negara ini.

Ketua Kumpulan Pembangunan Jenama Kahf, Andrie Kurniarahman dalam satu kenyataan berkata, produk-produk jenama itu direka khas untuk memenuhi keperluan lelaki moden, menggabungkan sains dan alam semula jadi dalam setiap formula.

Iklan

"Kahf menawarkan rangkaian produk Halal berkualiti tinggi yang direka untuk gaya hidup aktif lelaki, dengan teknologi HydroBalance™️ yang membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit.

"Jenama kami mengutamakan keselamatan pengguna, dengan produk yang telah diuji oleh pakar dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit,” katanya.

Iklan

Inspirasi kepada lelaki

Pada masa sama, pihaknya turut memperkenal kempen #JalanYangKupilih, bertujuan menyokong lelaki dalam usaha mereka untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Kempen tersebut diperkasakan melalui video digital yang menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar, yang memberikan inspirasi kepada lelaki untuk terus berkembang dengan sokongan produk Kahf.

"Sejak dilancarkan, Kahf telah berjaya mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa, dengan jualan yang meningkat secara signifikan dalam tempoh dua tahun, dan berkembang lebih pantas berbanding pasaran penjagaan kulit di Malaysia." kongsi beliau lagi.

Dalam pada itu, Andrie turut menekankan bahawa, jenama berkenaan akan terus melancarkan produk-produk inovatif bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang.

Sekadar makluman, Anugerah FMCG (Fast Moving Consumer Goods) Asia yang dianjurkan oleh Retail Asia itu mengiktiraf syarikat-syarikat terbaik dalam industri FMCG di Asia.

Oleh yang demikian, pencapaian Kahf membuktikan kejayaannya dalam memperkenalkan produk yang diterima baik oleh pasaran tempatan.