AGONG dan Permaisuri Agong mengabadikan kenangan ‘bersama’ penghibur legenda nasional, Datuk Sudirman Haji Arshad.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan untuk merakamkan foto kenangan berkenaan di Kuantan Art Street di Lorong Seni, Jalan Besar, Kuantan.
Baca juga: "Kita jangan bergaduh pasal laksa ok. Tepuk dada tanya selera"- Raja Permaisuri Agong kongsi resipi
Dalam foto yang dirakam memaparkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berdiri berlatarkan lukisan mural Sudirman yang berlatarkan dinding warna biru. Ia difahamkan gambaran bintang itu ketika persembahan konsertnya di Chow Kit.
Lukisan mural di Kuantan Art Street hasil tangan 13 artis Pahang yang memakan masa enam bulan untuk disiapkan. Sesuai sekali diajdikan lokasi fotografi seisi keluarga.
Sudirman ialah nama besar dalam industri hiburan tanah air. Penghibur berbakat besar itu mungkin tidak begitu dikenali generasi hari ini. Berikut lapan fakta mengenainya.
1.dilahirkan pada 22 Februari 1954, bakat bintang hebat ini dicungkil menerusi Bintang RTM. Sudirman merupakan Juara Bintang RTM 1976.
2.Penghibur hebat yang memiliki 15 album studio, 52 album kompilasi dan puluhan lagu hits itu terkenal dengan pelbagai genre muzik.
4.Dalam acara itu, Sudirman berjaya mengenepikan nama-nama besar, antaranya Leslie Cheung dari Hong Kong, Anita Sarawak dari Singapura.
5.TSudirman terkenal dengan gelaran"Penghibur Milik Masyarakat","Seniman Rakyat" dan"Elvis Malaysia". Beliau serba boleh dan berbakat besar. Sudirman dikenali sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
6. Sudirman menempa nama di dalam Malaysian Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 14 April 1986. Antara lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah ‘‘Chow Kit Road! Chow Kit Road!’’ dan diakhiri lagu patriotik dengan memakai bendera Malaysia.
[caption id="attachment_84357" width="1024"] Persembahan Sudirman ketika konsert gergasi percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.[/caption]
7.Antara lagu hitsnya ialah Merisik Khabar, Nilai, Terasing, Milik Siapakah Gadis Ini. Tidak kurang lagu-lagu rakyat seperti Anak Gembala, Hidup Sederhana (Basikal Tua), Apa Khabar Orang Kampung, Balik Kampung dan Hoore! Hoore!
8.Sudirman meninggal dunia pada 22 Februari 1992 kerana penyakit radang paru-paru (pneumonia) dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Melihatkan pencapaiannya yang hebat, tidak hairanlah Sudirman sentiasa menjadi sebutan dan idola seni sepanjang zaman.
Difahamkan, di bandar kelahirannya, Temerloh, sebatang jalan dinamakan Jalan Sudirman.
Baca juga: Gembira timang 2 cucunda baru diputerakan, Agong, Raja Permaisuri kongsi gambar bersama
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI