Guna kanta pembesar kerana masalah penglihatan, ibu 7 anak tak patah semangat raih PhD

Iklan
norhayati phd (2)

GUNA kanta pembesar selepas mata kanan tidak berfungsi, masalah penglihatan tidak mematahkan semangat ibu tujuh anak raih PhD

PhD adalah tahap tertinggi dalam pendidikan formal. Justeru untuk mendapatkannya bukanlah perjalanan yang mudah. Seperti kata peribahasa, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, ia tepat menceritakan pengorbanan wanita ini.

Iklan
Iklan

Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD

[caption id="attachment_84650" width="1024"] Menghidap lekangan retina pada mata kiri tidak memadamkan cita-cita Norhayati meraih skrol PhD[/caption]

Iklan

Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa selama enam tahun, dia bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Malah dia mengakui pernah hampir putus harapan menyudahkan pengajian.

Iklan

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Tidak sekadar itu, keadaan mata Norhayati juga memaksanya menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun, hal itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih skrol PhD.

"Tahun lepas, selepas selesai PhD saya terpaksa lalui dua kali pembedahan mata kiri. Mata kanan tidak berfungsi sejak 10 tahun lepas, hanya menggunakan mata kiri sahaja.

Menurut Bernama, wanita cekal itu dibantu staf UiTM bagi mendapatkan suaminya yang menunggu di pekarangan dewan memandangkan penglihatannya yang sangat minimum telah membantutkan pergerakannya.

Tahniah buat Norhayati atas kejayaannya meraih PhD setelah melalui cabaran yang berliku. Semoga kejayaannya ini menyuntik semangat  buat wanita lain agar terus memajukan diri dan menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.

[caption id="attachment_84648" width="1024"] Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu[/caption]

Baca juga: Dimasyhur Pro-Canselor UiTM, ini 8 fakta Tengku Permaisuri Norashikin

Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein

PhD ialah ijazah peringkat tertinggi akademik yang diberikan setelah mengikuti pengajian. Mereka yang belajar untuk PhD diminta menghasilkan penyelidikan asli yang memperluas batas pengetahuan, biasanya dalam bentuk tesis atau disertasi,dan mempertahankan kajian mereka terhadap para pakar di lapangan.

Menyelesaikan PhD sering menjadi syarat untuk pekerjaan sebagai profesor universiti, penyelidik atau saintis dalam banyak bidang.

Baca juga: Pernah digelakkan pelajar PhD Malaysia di Melbourne, ini nasihat Azizulhasni

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan