Ibu kongsi bahaya Sindrom Hair Tourniquet jari bayi terlilit, bengkak

Iklan
3

IBU mana yang sanggup melihat si kecil kesakitan. Namun semuanya terpaksa dilakukan gara-gara jari terlilit objek halus, doktor terpaksa membuat potongan kecil pada jari dan kulit.

Perkongsian ibu, Fatima Azzahra tentang apa yang terjadi kepada cahaya matanya wajar dijadikan peringatan buat ibu bapa lain.

Iklan
Iklan

Bayinya difahamkan terpaksa ditahan susulan Sindrom Hair Tourniquet bagi menjalani prosedur lanjut.

Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Iklan

[caption id="attachment_84823" width="300"] Kredit foto: Healthline[/caption]

Iklan

" Anak saya sekarang warded sebab Sindrom Hair Tourniquet. Besok dah nak potong kulit dan isi sikit untuk potong rambut or benang yang terikat ketat tu. Ia sudah terbenam dalam kulit,” titipnya awal di sebuah grup perkongsian ibu.

Ketika dihubungi SinarPlus, Fatima memaklumkan anaknya dirujuk ke Jabatan Pediatrik dan tidak jadi dibedah.

"Saya perasan tangan anak saya sejak hari Ahad. Tapi tengok tiada benang atau rambut tertinggal. Esoknya bengkak pada jari masih tidak surut, jadi saya bawa dia ke bahagian kecemasan dan mereka rujuknya ke Jabatan Pediatrik.

"Anak saya ditahan selama tiga hari. Semalam doktor beritahu anak saya perlu dibedah untuk periksa sama ada masih ada rambut or benang yang tertinggal. Tetapi hari ini doktor maklumkan tak jadi memandangkan jari anak saya tidak membiru,” katanya.

Baca juga: Pembawakan budak, wajah berkedut tika hamil, wanita syukur suami setia walau dihina

Kata Fatimah, kes bayinya sedang dalam pemantauan dan perlu hadir janji temu akan datang.

"Doktor beritahu jika jari bayi membiru atau anak demam terus bawa ke kecemasan,” katanya.

"Bagi ibu-ibu yang rambut gugur, anak tengah dalam fasa hendak memegang semua benda, rajin-rajinlah periksa tangan anak.

"Bimbang kalau terlambat dan jari mati. Anak saya pula jenis cool je. Tidak menangis mahupun demam. Tiba-tiba jari jadi begini,” katanya.

Menurut WebMD, Sindrom Hair Tourniquet sering berlaku apabila sehelai rambut atau benang melilit pada bahagian badan seperti jari tangan, kaki atau alat sulit.

Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil. Jika tidak dirawat, sindrom ini boleh menyebabkan kesakitan, kecederaan jangka panjang, dan kehilangan fungsi pada bahagian badan yang terjejas.

Gejala Sindrom Tourniquet Rambut

Kes rambut melilit jari biasanya berlaku dari usia bayi baru lahir hingga umur 19 bulan, manakala lilitan  pada zakar paling kerap berlaku dari umur empat bulan hingga enam tahun.‌

Bayi yang mungkin mengalami Sindrom Tourniquet Rambut akan mengalami kemerahan pada bahagian terbabit, perubahan warna, bengkak atau menangis lebih kerap daripada biasa.

Lilitan yang kuat ini akhirnya mengganggu aliran darah normal. Jika serius, jari mungkin akan dipotong kerana di anggap sudah mati dan tidak dapat berfungsi.

Sindrom Hair Tourniquet biasanya terjadi apabila rambut ibu gugur akibat perubahan hormon. Boleh jadi ia salah satu puncanya selain benang pada sarung tangan atau stoking bayi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan