MALANG tak berbau, itulah nasib yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan apabila tangannya mengalami ruam berair gara-gara menyentuh pokok beracun.

Difahamkan kanak-kanak berusia empat tahun itu menyentuh tumbuhan paling berbahaya di Britain iaitu hogweed gergasi ketika bermain di sebuah taman permainan di Bolton, Manchester.

Menurut laporan Daily Star, usai kanak-kanak tersebut menyentuh pokok itu, dia mulai menerima reaksi buruk pada tangannya.

Keadaan menjadi lebih parah sehinggakan dia terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Rentetan itu, pihak sekolah, Sekolah Rendah Hardy Mill berkongsikan foto tangan mangsa yang cedera akibat pokok berbahaya itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah yang mengatakan bahawa seorang pelajar mereka telah tercedera dan terpaksa dirawat di hospital kerana melecur tahap dua gara-gara bersentuhan dengan pokok hogweed gergasi itu.

Baca juga: Bayi maut selepas sejam dilahirkan, doktor ini kongsi bahaya kuman GBS

Kredit foto: GEOGRAPH.IE

“Sila perhatikan pokok ini di taman-taman dan juga persekitaran ketika sedang berada di luar bersama anak-anak anda. Kami telah dimaklumkan bahawa tumbuhan ini tumbuh di Taman Longsight.

“Ia sangat membantu sekiranya anda mendedahkan rupa bentuk pokok ini kepada anak-anak supaya mereka sentiasa berwaspada untuk mendekatinya,” jelas kenyataan itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Manchester Evening News, hogweed gergasi itu boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius dan kerengsaan pada kulit gara-gara toksin yang telah meresap masuk ke dalam sel tubuh badan.

Berikut lapan fakta mengenai pokok hogweed gergasi, ini yang perlu diketahui:

1. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 20 kaki tinggi dan boleh memenuhi ruang sekitar dua meter disekelilingnya.

2. Pokok hogweed gergasi mempunyai batang hijau tebal yang ditutup dengan tompok ungu dan bulu putih.

3. Daunnya pula berwarna hijau dan tebal dan bergigi di sisinya.

4. Ia juga menghasilkan bunga putih yang tersusun yang dikenali sebagai umbel. Bunga boleh mencapai diameter 2.5 kaki.

Baca juga: Kenali bahaya penyakit kucing yang mampu menjangkiti manusia

Iklan

5. Pokok hogweed gergasi hanya mekar sekali seumur hidup. Bunganya boleh dilihat dari musim bunga hingga pertengahan musim panas.

Kredit foto: FLICKR/GORDON JOLY

6. Bahan toksin dari tumbuhan ini dikenali sebagai furanocoumarins yang mendorong tindak balas kuat terhadap kulit manusia sehingga berlakunya kerengsaan pada kulit.

7. Getah yang terdapat pada pokok itu telah memusnahkan pertahanan semula jadi yang melindungi kulit daripada sinaran UV.

8. Getah pokok hogweed gergasi itu juga boleh menyebabkan buta sementara atau kekal apabila ia bersentuhan dengan mata.

Justeru, ibu bapa perlu perhatikan anak-anak daripada mendekati atau terdedah kepada persekitaran yang berbahaya. Walaupun, lumrah kanak-kanak yang suka mencabar diri untuk mengetahui sesuatu, namun elakkan anak-anak daripada menyentuh pokok beracun.

Iklan

Sumber: softschools

Kredit foto: Getty Images/Hardy Mill Primary School

Baca juga: Anak jadi ‘lembab’ gara-gara dedah alatan elektronik awal, berikut 10 kesan bahaya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI