Pembawakan budak, wajah berkedut tika hamil, wanita syukur suami setia walau dihina

A
A
A

PEMBAWAKAN budak biasa kita dengar apabila wanita hamil. Pelbagai perubahan terjadi seperti kulit wajah berkedut hingga menyebabkan ada yang dihina manusia toksik.

Kaum Hawa diciptakan semula jadi berkeinginan tampil cantik. Bagaimanapun perubahan hormon yang dialami selepas hamil menyebabkan segelintir menghadapi pelbagai masalah. Paling ditakuti ialah masalah kulit wajah.

Seperti pengguna laman sosial TikTok ini, Una Athirah yang berkongsi telah berhadapan masalah kulit muka semasa hamil anak ketika.

Baca juga: Disindir terkena sumpahan, wanita kongsi pengalaman muka bengkak, berkedut ketika hamil

 

Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Menurut Atirah, perkara tersebut turut terjadi semasa mengandung anak sulung. Meskipun tidak pasti punca sebenar yang menyebabkan kulit wajah bertukar berkedut seawal bulan ketiga kehamilan, tetapi Una Atirah mengesyaki ia berkaitan dengan alahan pembawakan budak.

“Tak tahu kenapa muka jadi macam ni, alahan maybe...sebab masa si sulung pun macam ni

“Selalu tanya suami tak malu ke jalan muka begini. Terima kasih dua kali sudi hadap, takyah tunggu tua,” titipnya.

Tambah Atirah, keadaan mukanya pulih semula ketika tempoh berpantang.

Sepanjang mengandung ibu muda itu turut mengakui emosinya mudah turun naik lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan segelintir individu bersikap 'toksik'.

Bagaimanapun di sebalik ujian itu, mujurlah suaminya memberi sokongan sehingga wajahnya pulih semula.

Warga maya memuji suami Atirah dan setia bersama ibu muda itu menempuhi waktu sukar sehingga sembuh. Tidak kurang juga berkongsi berhadapan masalah sama ketika hamil.

-"Paling win suami awak, dia tetap di sisi. Alhamdulillah. Nikmat ALLAH bagi suami yang faham."

-"Kelenjar minyak dibahagian muka terlalu aktif kerana hormon semasa hamil. Alhamdulillah normal balik, ada wanita yang kulitnya kekal begini. sampai kena jumpa pakar."

-"Tak mengapalah demi anak...insya-ALLAH ada hikmah di sebaliknya. Paling penting selepas itu kembali kepada asal. Apa pun tetap cantik."

@una.atirahSimpan Sebagai Pengalaman. Kenangan. Terima kasih suami 2X mengandung hadap muka sebegini. Takyah tunggu Tua HAHAHA ??♬ original sound - Alycha

Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan fizikal termasuk kulit berminyak dan tompok-tompok di sekitar mata, hidung dan pipi dipanggil chloasma atau sebagai topeng mengandung.

Hampir semua perubahan yang terjadi tidak boleh dielakkan kerana ia terbentuk disebabkan oleh perubahan hormon.

Baca juga: 7 wanita terkaya dunia 2022, taikun kosmetik paling top dengan RM329.31 bilion

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca