AYAM, minyak dan telur, tiga bahan boleh dikatakan ‘mesti ada’ di dapur-dapur setiap kediaman. Namun penarikan harga siling dan subsidi tiga ramuan ini bakal menuntut ‘ketabahan’ daripada semua.
Kebanyakan masakan masyarakat kita berkisar tentang penggunaan ayam, minyak dan telur. Kalau ditanya apakah makanan kegemaran si kecil, pantas dijawab ‘ayam goreng’ atau ‘telur goreng’. Sementelah kedua-duanya adalah sumber protein yang paling mudah dan murah untuk disediakan.
[caption id="attachment_85175" width="1024"] Kredit foto: BERNAMA[/caption]
Baca juga: #SiBibirMerah: Ayam tiada stok, harga naik, dikenakan caj potong, pihak berkuasa tolonglah bertindak
Sebagai masyarakat Asia, masakan bergoreng menjadi kebiasaan, justeru penggunaan minyak untuk menggoreng dan menumis menjadi keperluan sehari-hari.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkuat kuasa 1 Julai 2022 kerajaan tidak lagi akan memberikan subsidi RM1.40 kepada penternak ayam seterusnya menamatkan penentuan harga siling ayam RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram menjelang 1 Julai.
Baca juga: Ayam, telur naik harga, 10 makanan ini tinggi protein, murah lagi 'awesome'
[caption id="attachment_85174" width="1024"] Kredit foto: BERNAMA[/caption]
Baca juga: Selalu emosi, cepat letih, luka lambat sembuh antara 7 tanda tubuh tidak cukup protein
Belum habis cerita ayam dan telur, tiba pula isu minyak masak. Harga siling minyak minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) akan mula dimansuhkan bermula 1 Julai.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagaimanapun harga siling minyak masak tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.
[caption id="attachment_85176" width="1024"] Kredit foto: BERNAMA[/caption]
Kalau dahulu untuk sebuah keluarga, seekor ayam boleh digunakan untuk dua kali masak, kini perlu diubah kepada tiga atau empat kali. Atau mungkin kekerapannya perlu dikurangkan.
Kalau ke pasar, tidak perlu lagi pesan ayam potong 16 tetapi boleh minta potong kecil sahaja agar mudah diasingkan.
Jika selalu masak menu bergoreng, kini boleh beralih kepada sajian tidak menggunakan minyak masak banyak seperti sup atau kukus.
[caption id="attachment_85177" width="1024"] Kredit foto: Canva[/caption]
Baca juga: [VIDEO] Idea unik, pengantin jadikan sayur segar buah tangan tetamu majlis kahwin
Baca juga: 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia bantut, kurang membesar masa pandemik
Menerusi tinjauan SinarPlus, warga maya memberikan pelbagai pendapat berhubung isu ini di laman sosial Twitter.
-"Apakah sumber protein gantian (selain telur yang lebih murah daripada ayam? Atau RM11/kg masih dikira"murah" berbanding semuanya?”
-"Negara pengeluar minyak masak, kenapa mahal?”
-"Ada yang cakap minyak masak paket masih bersubsidi. Memanglah, masalahnya nak jumpa pun payah.”
-"Kadar tarif elektrik naik, subsidi minyak masak dimansuh, harga ayam naik. Nak complain pun benda tetap akan jadi, usaha doa tawakal sahajalah. Sesungguhnya hidup mati aku kerana ALLAH.”
Baca juga: Harga sayur naik mendadak, boleh cuba 15 jenis sayuran kampung ini
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.