SELAMA 19 hari di pawagam, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih kutipan RM71 juta. Pendakwah mendedahkan amalan pengarah, Syamsul Yusof dimurahkan rezeki.
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan adalah filem yang diilhamkan dari tokoh epik sejarah, Mat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan itu.
Pendakwah dan pensyarah kanan, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memberikan ucapan tahniah atas pencapaian Syamsul.
Baca juga: Mat Kilau paling tinggi kutipan dalam sejarah Malaysia, 53 juta dalam 13 hari!
Baca juga: Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3
[caption id="attachment_86911" width="800"] Kredit foto: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff[/caption]
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi keperibadian pengarah muda itu kepada umum.
"Tahniah Syamsul Yusof. Munafik 1 RM19.04 juta (hantu tutup aurat), Munafik 2 RM48 juta (hantu tutup aurat) dan Mat Kilau : RM71 juta setakat 11 Julai 2022.
"Buktinya, lakonan yang ‘seksi’ dan ‘seksa’ tidak menjamin kejayaan sebuah filem atau drama. Jadi buat apa hendak buka aurat?
"Kita yang rugi sebab dapat dosa kemudian filem pun tidak meletup sebab mak bapak tidak nak bagi anak-anak tengok filem yang merosakkan moral anak-anak.
Baca juga: Mat Kilau pecah rekod Munafik 2, kutip RM39 juta, top 5 filem Malaysia
Baca juga: Penerbit Mat Kilau rupanya jutawan, pemilik Hospital Az-Zahrah, PU Amin dedah kisahnya
[caption id="attachment_86913" width="800"] Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof[/caption]
Selain itu, Dr Mohd Izhar Ariff turut mendedahkan amalan yang dilakukan Syamsul.
"Syamsul dikenali sebagai seorang penerbit yang menjaga solat. Maka tidak pelik ALLAH murahkan rezekinya.
"Namun sebagai manusia beliau tetap diuji kerana itu fitrah seorang hamba. Ustaz doakan masalah yang menimpa dipermudah Insya-ALLAH dari Tanah Suci ini,” titipnya.
Baca juga: Fazura puji Fattah Amin sebagai Awang dalam Mat Kilau, 3-4 pagi masih dalam sungai
[caption id="attachment_86912" width="800"] Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof[/caption]
Filem epik itu sedang ditayangkan di pawagam ketika ini. Ia dibintangi nama-nama besar seperti Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau dan Beto Kusyairy sebagai Wahid manakala aktor Fattah Amin memegang watak Awang.
Mat Kilau turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Ellie Suriaty, Johan Asa’ri, Mubarak Majid dan Wan Hanafi Su.
Sumber: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff
Baca juga: Semua orang boleh kritik, tapi kena ada adab – Syamsul Yusof
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.