Semua orang boleh kritik, tapi kena ada adab – Syamsul Yusof

Syamsul Yusof
Syamsul Yusof
A
A
A

PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof terbuka menerima kritikan daripada mana-mana pengkritik filem termasuk dalam kalangan YouTuber.

Bagaimana Syamsul, 37, mengingatkan golongan tersebut untuk mengkritik dengan adab agar kritikan yang diberikan itu bersifat positif dan tidak terarah kepada menghina sesuatu karya atau penggiat seni.

“Semua orang boleh kritik, tapi kena ada adab. Perlu tahu bezakan kritikan dan hinaan. Nak kritik kena bijak.

“Kalau orang tidak suka filem saya, okay saja. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang.

"Seseorang yang berjaya, pasti ada yang tak suka atau 'haters', itu perkara biasa. Jadi kuatkan mental dan fokus pada karya,” katanya.

Syamsul berkata demikian pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menerusi topik Persediaan Menjadi Pengarah Tanpa Gagal, pada Rabu.

Dalam perkongsian sama, pengarah filem KL Gangster itu mengakui sangat mengagumi cara pengarahan dan hasil kerja Khabir Bhatia, Erma Fatima dan Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

“Saya suka filem-filem arahan Erma seperti Embun, selain filem yang mendapat sentuhan Shuhaimi Baba.

“Menjadi pengarah bukan mudah. Saya tabik mereka sebagai pengarah wanita. Kalau mereka boleh buat, takkan saya tak boleh.

“Jadi, mereka antara pengarah hebat yang saya suka dan saya sudah kaji filem mereka. Saya mengkaji banyak cabang. Saya bukan jenis yang tengok sekejap saja,” katanya.

Syamsul yang juga anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik paling muda pada anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) iaitu pada usia 25 tahun menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Diikuti dengan kejayaan mengungguli kategori sama pada FFM24 menerusi filem KL Gangster dan FFM28 bagi filem Munafik.

Penngarah muda tersebut turut memenangi Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-57 menerusi filem Munafik. Sekuel filem itu, Munafik 2, menjadi filem tempatan nombor satu apabila meraih kutipan mencecah RM48 juta ketika ditayangkan.

Sementara itu, FFM31 yang bakal meraikan anak seni penggiat filem tempatan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 10 Disember ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca