MAT Kilau: Kebangkitan Pahlawan, filem yang menjadi bualan ramai ketika ini. Ia satu-satunya karya tempatan yang menempa sejarah kutipan paling tinggi di Malaysia iaitu 53 juta dalam 13 hari.

Sutradaranya Syamsul Yusof dalam hantaran di Instagram berkongsi kejayaan yang dicapai filem epik sejarah itu.

Baca juga: Mat Kilau pecah rekod Munafik 2, kutip RM39 juta, top 5 filem Malaysia

SYAMSUL YUSOF
Syamsul bersama bintang utama Mat Kilau, Fattah Amin dan Datuk Adi Putra.

Baca juga: Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

Mat Kilau memecahkan semua rekod, sudah secara rasmi No.1!

“RM53 juta jumlah kutipan di box-office setakat ini dan ia merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

“Mat Kilau still showing and going strong guys !! Terima kasih Malaysia, Singapura dan Brunei! Alhamdulillah,” titipnya.

Baca juga: Saya harap peminat dapat doakan yang terbaik…- Syamsul Yusof ulas isu rumah tangga

Kredit foto: Instagram Yayan Ruhian

Baca juga: Fazura puji Fattah Amin sebagai Awang dalam Mat Kilau, 3-4 pagi masih dalam sungai

Rakan seni dan para peminat rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan pengarah berusia 38 tahun itu.

– “Congrats bro. You are the champion.”

– “Road to 100 milion.”

– “Power, rezeki tidak salah alamat. Filem yang menyatu padukan semua.”

– “Ini benar-benar mengagumkan.”

 

 

Berikut adalah senarai filem Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman;

  1. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022): RM53,000,000 (pada hari ke-13 tayangan)

2. Munafik 2 (2018): RM48,000,000

3. Hantu Kak Limah (2018): RM36,230,000

Iklan

4. Ejen Ali (2019): The Movie: RM30,050,000

5. BoBoiBoy Movie (2019): RM30,000,000

6. PASKAL (2018): RM 28,980,000

7. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019): RM26,200,000

8. Polis EVO 2 (2018 ): RM22,450,000

9. Abang Long Fadil 2 (2017): RM18,150,000

Iklan

10. Polis EVO (2015): RM17,740,000

Baca juga: Penerbit Mat Kilau rupanya jutawan, pemilik Hospital Az-Zahrah, PU Amin dedah kisahnya

Baca juga: 1 hari 1 juta, 2 hari 2 juta- Filem Mat Kilau terima sambutan luar biasa

Sumber: Instagram Syamsul Yusof

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.