DI MANA Jude Angel Jeremy, bayi berusia 18 bulan yang hilang di Beaufort , Sabah? Keberadaannya menimbulkan tanda tanya, malah sehingga kini si kecil itu belum ditemui.
Bayi perempuan itu dikhuatiri hilang selepas dipercayai keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, Beaufort pada 9 Julai lalu.
Memasuki hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR), Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hasbullah Nenggok menerusi penstriman langsung di laman sosial Facebook Kupikupi FM 96.3 menyatakan pihaknya meneruskan usaha mengesan Jude Angel.
Baca juga: Purata 4 kanak-kanak hilang setiap hari, jangan dedah identiti anak di media sosial
Baca juga: Rasa seperti tertidur satu jam, berikut kronologi kejadian remaja hilang 30 jam di Gua Musang
[caption id="attachment_87090" width="1024"] Kredit foto: Facebook Lynda Mark[/caption]
"Bomba menumpukan pencarian di kawasan sekitar rumahnya, kira-kira 2 hingga 3 kilometer (km) radius dari pusat kawalan Bomba.
"Kami menggunakan bantuan orang kampung dan tujuh buah bot seperti hari-hari sebelum ini, menyusuri anak sungai dan Sungai Padas sehingga ke Batu 60, dalam radius 4 hingga 5 km.
Baca juga: Wan Khair Amir jadi pilihan, Mira Filzah dan suami kongsi nama, wajah bayi sulung
[caption id="attachment_87091" width="1024"] Penduduk kampung membantu pencarian Jude Angel[/caption]
Pihaknya mengakui masih belum menemui sebarang petunjuk bahawa Angel hilang, disembunyikan (alam ghaib) atau melibatkan jenayah penculikan.
Katanya, keadaan hujan, angin kuat dan air sungai deras antara cabaran ditempuhi para petugas dan orang kampung yang terlibat dalam operasi SAR.
[caption id="attachment_87093" width="1024"] Kredit foto: Rela Daerah Beaufort[/caption]
"Kemungkinan esok kami akan meneruskan lagi (SAR). Namun jika esok masih belum menemui sebarang petunjuk, ia mungkin akan ditangguhkan sehingga mendapat pentunjuk daripada keluarga atau penduduk kampung,” ujarnya.
Operasi SAR melibatkan kekuatan 60 orang daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.
TIDAK DAPAT MENAHAN SEBAK, AIR MATA BAPA BERLINANGAN
Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial TikTok, bapa Jude Angel, Jeremy Sundang, 39, menahan sebak menceritakan detik akhir bersama anak tersayang.
"Sebelum saya dan isteri keluar menghantar barangan jualan ke pasar Tamu, Jude Angel menangis.
"Sempat menidurkan Jude Angel sebelum ke pasar,” katanya sebak hingga menitiskan air mata. Petani itu berkata tangisan si kecil pada pagi itu seolah-olah memberi petanda.
Selepas meninggalkan rumah pada jam 6.00 pagi, kira-kira pukul 8.00 pagi dia menerima panggilan. Katanya si isteri kelihatan kelam kabut dan memberitahu Jude hilang.
Kepada Deasoka.com, Jeremy meluahkan harapan menemui semula Jude Angel.
"Meskipun tahu operasi mencari (pihak penyelamat) akan berakhir pada esok had, tetapi kami sekeluarga tetap meletak harapan tinggi.
"Jauh di sudut hati saya sebagai seorang bapa, dia (Jude Angel) masih hidup dan firasat kami dia masih ada lagi," katanya.
[caption id="attachment_87094" width="1024"] Kredit foto: Rela Daerah Beaufort[/caption]
Dalam pada itu, Jeremy menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus terlibat dalam usaha pencarian terbabit.
Ketika ditanya sama ada terdapat petanda atau petunjuk setakat ini, beliau mendedahkan tiada perkara pelik berlaku.
"Dia juga ada meminta didukung dan naik ke atas badan saya, saya kemudiannya mendodoinya sehingga tertidur," katanya.
[caption id="attachment_87092" width="1024"] Ketika hilang, Jude Angel didakwa memakai baju T berwarna putih dan berseluar biru[/caption]
Warga maya rata-rata mendoakan Jude Angel ditemui segera dan memberi kata-kata semangat buat keluarga bayi itu.
-"Semoga dipermudahkan pencarian anak ini.”
-"Semoga dipermudahkan pencarian Baby Jude.”
-"Hanya mampu mengirim doa setiap detik, aamin.”
-"Moga ditemui segera adik Jude Angel."
Keprihatinan masyarakat Malaysia akan nasib Jude Angel menjadikan hashtag #prayforbabyjudeangel #prayforjudeangel tular di laman sosial Facebook.
Enam hari berlalu tanpa sebarang petanda dan khabar berita, SinarPlus mendoakan agar Jude Angel ditemui segera.
Baca juga: Hanya minum air hujan, 2 budak lelaki hilang 4 minggu di hutan Amazon ditemui selamat
Sumber: Facebook Kupikupi FM 96.3, Sinar Harian Deasoka.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.