Pipi kiri, kanan makin sama, ibu syukur Ainul Mardhiah tidak perlu bedah betulkan urat tisu

Iklan
Ainul Mardhiah (1)

PIPI Ainul Mardhiah Safiuddin semakin kelihatan sama. Ibunya, Nurul Erwani Zaidi bersyukur Ainul tidak perlu dibedah bagi memperbetulkan urat tisu.

Ainul Mardhiah yang bakal menginjak ke usia empat tahun 13 Ogos depan sebelum ini menghidap ‘Germ Cell Tumour’ hingga mendapat perhatian negara.

Iklan
Iklan

Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 10 Jun 2019 selepas bertarung nyawa selama lima jam bagi membuang ketumbuhan.

Baca juga: Jika keputusan bawa Ainul ke UK, guris hati ramai, saya minta maa – Bapa Ainul Mardhiah

Iklan

Baca juga: [VIDEO]Pernah menderita kanser mulut, adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan

[caption id="attachment_87329" width="800"] Ainul Mardhiah di samping bapanya, Ahmad Safiuddin, ibu, Nurul Erwani dan adik, Umar[/caption]

Iklan

Baca juga: Well done Ainulcium sikit : Dr Amalina

Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Kini, selepas tiga tahun, si kecil itu memperlihatkan proses pemulihan yang baik.

Ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 27, memuat naik gambar terbaru Ainul.

"Alhamdulillah. Nampak tak muka Ainul sudah sama, pipi dia sebelah kanan dan sebelah kirinya.

"Dulu waktu lepas pembedahan nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul.

"Jadi doktor letak dalam report untuk memperbetulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa ALLAH, sudah elok dengan sendirinya,” titip Nurul Erwani.

Baca juga: Setahun lapan bulan kami tunggu suara Ainul- Mama, walid

Baca juga: Ainul Mardhiah dah pandai panggil mama

[caption id="attachment_87328" width="800"] Keadaan Ainul pada tahun 2020 (kiri) manakala gambar kanan ialah yan terkini[/caption]

Warga maya turut melafazkan kesyukuran atas perkembangan baik Ainul Mardhiah.

"Tubuh kanak-kanak memang selalunya terbentuk dan sembuh secara semula jadi. Alhamdulillah. Semoga Ainul membesar seperti kanak-kanak, makan minum dan bercakap. Insya-ALLAH.”

-"Alhamdulillah. Syukur. Keep strong Ainul.”

-"Ainul, semoga terus sembuh dan sihat hendak-NYA.”

-"Dah sama, Alhamdulillah.”

-"Alhamdulillah, semoga Ainul semakin sihat.”

Dalam hantaran lain, Ainul cergas dan gemar mencuba aktivti baru. Malah anak kecil itu semakin sihat dan ligat bermain bersama adiknya, Umar.

Baca juga: Ketawa, senyum pipi kanan Ainul Mardhiah tidak bergerak. Bapa kongsi kesan pembedahan di UK

Sumber dan kredit foto: Instagram _nrlerwani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan