WARGANET tersentuh menyaksikan video tular kanak-kanak empat tahun dipukul menggunakan penyangkut pakaian, penyapu dan dicucuh pemetik api.
Penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak di Malaysia bukanlah satu perkara yang baharu, malah jenayah ini sudah berlaku sejak sekian lama.
Seperti tidak berkesudahan, saban hari sana sini ada sahaja penderaan terhadap golongan kanak-kanak.
Terbaru, Video kejadian berlaku di di Beranang, Hulu Langat yang berdurasi tiga minit beredar di laman sosial Facebook dan Instagram serta menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.
Baca juga: Anak cuba diculik, Lufya cedera wajah, badan dipukul, titip pesan buat wanita
Rata-rata meluahkan kesayuan dan pilu selepas melihat kekerasan ke atas kanak-kanak perempuan yang dikatakan enggan memakan nasi yang dihidang.
-"Memang susah anak umur satu, dua tahun hendak makan. Tapi janganlah dipukulnya, aduhai.”
-”Alalhuakhbar, saya pun ada anak angkat, saya layan sama seperti anak kandung saya. Sedih apabila dengar anak-anak didera.”
-"Semoga dapat pembelaan anak kecil itu.”
-"Ya ALLAH lindungilah anak kecil ini.”
-"Kasihan anak empat tahun tidak faham apa-apa lagi. Sayangi anak-anak kita bukan zalimi.”
Baca juga: 3 kanak-kanak ditemui pucat lesi, tertiarap, setahun dikurung ibu umpama tahanan
Baca juga: Ibu bapa pergi gathering, tergamak tinggal jasad bayi ‘membusuk’ di rumah
Berikut 10 fakta penting berkaitan video terbabit seperti dilaporkan Bernama;
1-Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan pasangan suami isteri telah ditahan pada jam 2.30 pagi bagi membantu siasatan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
2-Ia susulan laporan mengenai kejadian itu pada 12.14 tengah malam tadi.
3-Wanita berusia 28 tahun itu dan suaminya warga Singapura berusia 30-an direman sehingga 28 Julai.
4-Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.
6-"Siasatan juga mendapati kejadian disebabkan kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif itu tidak suka makan nasi dan pasangan terbabit memaksanya untuk telan nasi sehingga termuntah,” katanya.
Baca juga: Bantu anak kecil hiperaktif dengan pola pemakanan yang sesuai
8- Beliau berkata pemeriksaan oleh doktor di Hospital Kajang mengesahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.
9-Mohd Zaid berkata kanak-kanak itu merupakan anak seorang wanita Indonesia dan kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan
10-"Kanak-kanak itu diserahkan kepada pasangan terbabit pada April lepas kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya," katanya.
TIP MELAPORKAN KES PENDERAAN
Anda pernah menyaksikan penderaan? Usah berdiam diri. Sesiapa sahaja yang mengetahui atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko untuk di dera dan di abai perlu melaporkan kepada pegawai pelindung kanak-kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat- JKM) atau menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital yang berdekatan.
Sekiranya anda ingin memastikan identiti dirahsiakan, anda boleh menghubungi Talian Nur 15999.
Apa yang perlu dilaporkan?
Laporan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
-Nama kanak-kanak
-Lokasi/alamat
-Sebab-sebab disyaki penderaan
-Nama anda dan cara menghubungi, jika boleh, supaya JKM boleh menghubungi semula sekiranya gagal menemui kanak-kanak terbabit
Bagaimana lapor penderaan?
1)Anda boleh melaporkan penderaan melalui Talian Nur 15999. Berikan maklumat terperinci berkenaan kes penderaan dan pengabaian yang disyaki supaya pegawai JKM dapat menilai keperluan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.
2)Melalui hospital- Individu yang membawa kanak-kanak ke Jabatan kecemasan/pesakit luar kerana penderaan ,mereka akan terus dirujuk ke Pusat perhentian Setempat (One Stop Crisis Center) di hospital.
3)Melalui polis- Cara ini amat digalakkan terutamanya bagi kes penderaan seksual supaya membolehkan pegawai perubatan untuk melakukan pemeriksaan fizikal dengan segera terutamanya bagi kes baru yang disyaki penderaan seksual.
Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.