PADA awalnya, penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui hanyut di Sungai Ogmore, Wales, United Kingdom dianggap sekadar kes kematian biasa.

Pun begitu, keadaan mangsa berusia lima tahun yang dilaporkan hilang pada 31 Julai lalu telah menimbulkan syak wasangka pihak berkuasa.

Mana tidaknya, kesan kecederaan teruk pada badan Logan Mwangi, malah pendarahan di dalam otaknya yang dikatakan menjadi punca kematian menjadi tanda tanya pakar forensik.

Lebih mengejutkan, pakar mengesahkan kecederaan yang dialami mangsa malang tersebut cukup ekstrem seolah-olah terjatuh dari tempat tinggi atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Logan Mwangi

Sedangkan mayat kanak-kanak tersebut ditemui hanyut di sungai. Pelikkan?

Laporan polis memaklumkan, mangsa yang memakai baju tidur disahkan sudah meninggal dunia selepas dikejarkan ke Princess of Wales Hospital.

Lapor bbc.com, sebelum kejadian, mangsa dilaporkan hilang pada jam 5.45 pagi pada 31 Julai lalu atas alasan kononnya diculik individu yang berdendam dengan keluarga tersebut.

Curiga dengan kenyataan yang dibuat ibu mangsa, Angharad Williamson, 30, pihak polis turut menahan suami, John Cole, 40, dan seorang lagi anak suspek berusia 14 tahun untuk membantu siasatan.

Baca juga Kanak-kanak diculik keluarga sendiri selepas hilang hak penjagaan, disorok di ruang sempit bawah tangga

Logan Mwangi

Pun begitu, siasatan lanjut membongkarkan segala-galanya apabila ibu kandung mangsa sendiri berpakat dengan anak dan suaminya dalam merencanakan pembunuhan tersebut.

Ketiga-tiga suspek dituduh menyebabkan kematian Mwangi, menukar pakaian mangsa yang penuh darah, memindahkan mayat ke sungai, membersihkan lokasi kejadian dan membuat panggilan kecemasan palsu.

Baca juga Kejamnya, kanak-kanak lembam terbuang air besar dalam seluar didera sampai mati oleh ibu kandung sendiri!

Logan Mwangi

Menurut laporan polis, sebenarnya mangsa sudah meninggal dunia akibat penderaan kejam sebelum mayatnya dicampak ke sungai seperti sampah.

Meskipun menafikan tuduhan tersebut, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kegiatan Cole dan anak tirinya yang mencurigakan meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa pada awal pagi pada 31 Julai tersebut.

Baca juga Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Logan Mwangi

Kes yang masih dalam perbicaraan di mahkamah itu menarik perhatian media seluruh dunia apabila seorang ibu sanggup membunuh anak sendiri.

Pada hari pertama perbicaraan tersebut, pendakwa raya Caroline Rees berkata, tiga defendan dipercayai memainkan peranan masing-masing dalam pembunuhan tersebut.

Baca juga Sadis, kanak-kanak 10 tahun dirogol, dibunuh, disumbat ke dalam guni selepas pulang mengaji. Kisah ini buat ramai sebak

Iklan

Ini kerana kanak-kanak malang itu mengalami 56 kecederaan dalaman pada kepala, muka, tangan dan kaki akibat dipukul dengan objek tumpul.

Logan Mwangi

Lebih memeranjatkan, rakaman CCTV pada dua hari sebelum kejadian menunjukkan mangsa sedang ‘bergelut’ dengan ibunya yang dikatakan sedang mengalami histeria.

Pada kejadian bertarikh 29 Julai itu, kanak-kanak malang itu juga diserang dan dipukul dengan teruk oleh bapa tirinya bersama seorang lagi anaknya.

Pihak polis percaya siri penderaan terhadap kanak-kanak lelaki tersebut sudah bermula pada tarikh tersebut, manakala ibunya tidak mengambil tindakan untuk mempertahankan mangsa walaupun sekali.

Baca juga Memang kejam! Kanak-kanak 2 tahun mati dipukul hanya kerana tersalah pakai kasut

Logan Mwangi

Iklan

Meskipun perbicaraan kes masih berlangsung, namun ramai mengharapkan pembelaan sewajarnya terhadap mangsa yang masih kecil.

Membaca cerita ini ibarat seperti plot dalam sebuah drama bersiri.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Hakikatnya, ia satu kejadian yang benar-benar berlaku dan sangat menakutkan.

Moga kejadian ini memberi iktibar buat kita semua. #kitajagakita #kitalaluibersama