TIGA kanak-kanak perempuan bernasib malang ditemui dalam keadaan pucat. Ironinya, ia berlaku di kediaman keluarga dan dikurung ibu sendiri!

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai dan menjadi amanah kepada ibu bapa. Kehadiran permata hati didambakan namun apalah punca hingga ada tergamak menyakiti darah daging sendiri.

Seperti pasangan suami isteri di Balikpapan, Indonesia ini yang tergamak mengurung anak sendiri selama setahun. Lapor Tribunnews, kanak-kanak perempuan berusia enam, 10 dan 14 tahun itu ditemui di rumah mereka di Kampung Balikpapan, daerah Balikpapan Utara.

Baca juga: Ibu bapa pergi gathering, tergamak tinggal jasad bayi ‘membusuk’ di rumah

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Kredit foto: lintasbalikpapan.com

Menerusi perkongsian media sosial rukun tetangga dan penduduk di kejiranan berusaha membantu menyelamatkan tiga beradik berkenaan.

Difahamkan, apabila pegawai dan penduduk tiba, rumah itu dikunci dari luar. Penduduk mendapati salah satu bilik di dalam rumah itu dipasang lebih daripada satu kunci.

Keadaan bilik itu juga sangat tidak sesuai untuk dihuni terlalu sempit dan peredaran udara yang kurang baik, seolah-olah seperti bilik tahanan.

Ketua Rukun Tetangga, Alpirawan mengesahkan tiga kanak-kanak perempuan ditemui di rumah itu. Namun katanya ketiga-tiga adik beradik itu tidak pernah dilihat di kawasan berkenaan. Malah mereka tidak pernah pergi ke sekolah.

Gambar hiasan

“Setahun yang lalu anak yang sulung tidak pernah sekolah. Jadi sekolah datang bertanya rukun tetangga bahawa anak ni tak masuk sekolah,” katanya.

Walaupun situasi mencurigakan, Alpirawan menepis syak wasangka kerana ibu bapa tiga kanak-kanak itu memberitahu anak-anak mereka bersekolah di Jawa.

Bagaimanapun, Alpirawan masih berasa janggal dan tidak berpuas hati dengan kenyataan pasangan suami isteri berkenaan memutuskan untuk membuat laporan kanak-kanak disyaki dikurung di dalam rumah. Tambahan pula terdapat aduan jiran yang mendengar tangisan kanak-kanak dari dalam rumah berkenaan.

“Rupa-rupanya selain saya, penduduk lain juga pernah melaporkan perkara yang sama. Akhirnya beramai-ramai datang ke sini bersama polis dan tentera,” katanya.

Ketika ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar bekerja, mereka memecah masuk.

Baca juga: Kejamnya, kanak-kanak lembam terbuang air besar dalam seluar didera sampai mati oleh ibu kandung sendiri!

Gambar hiasan

Suasana sayu menyelubungi saat ketiga-tiga kanak-kanak itu ditemui. Mereka dilihat tertiarap dengan tubuh yang menggeletar. Wajah ketiga-tiga mereka pucat barangkali kerana tidak pernah terdedah kepada cahaya matahari.

Iklan

Tambahnya, badan anak-anak gadis itu kurus kering. Ketua Rukun Tetangga juga memberitahu ibu bapa kepada tiga adik beradik malang itu mempunyai masalah dan difahamkan sudah berpisah tempat tidur.

“Suami isteri ini sudah berpisah. Suaminya pun takut dengan isteri, suami tidur di luar sudah lama,” katanya lagi.

Sejurus ditemui, ketiga-tiga kanak-kanak itu dibawa ke UPTD Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) di Balikpapan untuk rawatan dan pemulihan.

Manakala menurut Balikpapan Prokal, ibu juga diberikan rawatan psikatri.

“Si ibu juga akan diperiksa oleh pakar psikiatri kerana dia sentiasa emosi,” kata kata pekerja perkhidmatan sosial.

Gambar hiasan

Rupa-rupanya insiden berkenaan tidak berhenti begitu sahaja. Bapa kanak-kanak terbabit dikatakan membuat laporan polis mengadu anaknya diculik selepas kanak-kanak berkenaan diselamatkan.

Iklan

Sayu hati mendengar kisah seperti ini. Wahai ibu bapa, biar sebesar mana sekalipun pun pertelingkahan, jangan sesekali menjadikan anak-anak sebagai mangsa.

Baca juga: Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.