3 Ogos 1996, Semenanjung Malaysia pernah ‘blackout’, bergelap 12 jam

Iklan
elektrik3

TANGGAL 3 Ogos 1996 Semenanjung Malaysia pernah mengalami gangguan bekalan elektrik atau ‘blackout’ selama 12 jam.

Tenaga elektrik merupakan keperluan asas untuk hidup buat masa kini. Tanpanya pasti aktiviti rutin harian terganggu.

Iklan
Iklan

Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan peralatan moden masa kini memerlukan sumber tenaga itu untuk berfungsi. Jika di rumah, wanita menggunakan pelbagai peralatan untuk membereskan pengurusan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan banyak lagi. Ketiadaan bekalan itu sudah pasti menyebabkan banyak tugasan terbengkalai.

Namun, tahukah anda pada 3 Ogos 1996 seluruh Semenanjung Malaysia pernah bergelap selama 12 jam?

Iklan

Baca juga: 4 maut termasuk bayi akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air. Mayat mereka melekat

Iklan

Baca juga: Renjatan elektrik kerap terjadi semasa banjir, lakukan 17 perkara ini

Kejadian pada 3 Ogos 1996 iaitu selepas enam tahun Tenaga Nasional Berhad (TNB) diswastakan dari Lembaga Letrik Negara (LLN).

Keadaan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang pada ketika itu menjadi tidak menentu malah aktiviti harian orang ramai terbantut.

Sistem lalu lintas yang tergendala, malah lebih parah lagi aktiviti komersial negara lumpuh.

Kerugian yang ditanggung oleh pengilang pada hari tersebut sahaja dianggarkan RM123 juta mengikut pengiraaan yang dilakukan Persatuan Pekilang –Pekilang Malaysia (FMM).

Baca juga: Bahaya! Kabel elektrik jatuh akibat dipanah petir meragut nyawa

Malah pihak TNB sendiri terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 13.6 juta dan RM10 juta tambahan bagi menampung kerosakan peralatan.

Susulan itu, kerajaan meluluskan lima penghasil kuasa untuk menyertai perniagaan penjanaan elektrik bagi mengelakkan insiden yang merugikan semua pihak ini terjadi lagi.

Kejadian elektrik terputus di seluruh negara bukan sahaja pernah berlaku sekali, malah turut terjadi pada tahun sebelumnya iaitu 29 September 1992 dan tahun 2003 yang melibatkan Selatan Semenanjung Malaysia.

Baca juga: Risau elektrik melambung ketika cuaca panas? Ini panduan jimat TNB

LEMBAH KELANG ALAMI GANGGUAN ELEKTRIK 3 JAM

Baru-baru ini, gangguan bekalan elektrik berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

TNB dalam kemas kini laman sosial Facebook rasmi memaklumkan kawasan-kawasan terlibat iaitu Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota mengalami gangguan elektrik sejak jam 12.39 tengahari.

"Siasatan TNB mendapati gangguan bekalan yang bermula pada jam 12:39 tengahari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor,” katanya dalam kenyataan.

Gangguan berkenaan mengakibatkan kehilangan beban 2.2 gigawatt (GW) 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

Baca juga: Peluang kerja dengan TNB, 6 bidang ditawarkan selepas tamat latihan

Sumber: Wikipedia, Facebook TNB Careline

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.