CINTA pandang pertama itu indah. Ia wujud dan benar. Ada sebahagian orang mencintai pasangan kerana fizikalnya, ada juga kerana sifat dan cara pasangan.
Cinta itu fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada wanita, begitu juga wanita akan tertarik kepada lelaki.
Soal cinta ini cukup luas dan umum serta pasti semua manusia percaya dan menyedari akan hakikatnya.
Jika tiada perasaan kasih sayang dan cinta dalam diri, masakan kita boleh hidup aman damai kerana hakikat utama cinta itu adalah menenangkan.
Sama seperti pasangan suami isteri di Britain ini yang mempunyai perbezaan usia 40 tahun meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-17, sekali gus menepis tanggapan bahawa jurang besar pada usia meningkatkan risiko perceraian, lapor semalam.
Menurut laporan akhbar Metro UK, Edna Martin, 87, bertemu Simon Martin, 47, ketika mereka masing-masing berusia 69 dan 31 tahun, semasa mengunjungi sebuah konsert.
Mereka berkata, ikatan mereka adalah cinta pandang pertama.
Walaupun sering mendapat pandangan dan komen negatif daripada penduduk tempatan, pasangan itu berkata, rahsia untuk perkahwinan yang berkekalan menjadi ‘pengembaraan’ buat mereka setiap hari.
Ujarnya sang suami, mereka masih keluar bersama-sama dan berjalan bergandingan menggunakan kerusi roda kerana menghadapi masalah untuk bergerak secara normal.
"Kami telah memberi inspirasi kepada orang lain dalam menjalinkan perhubungan jarak usia untuk mengambil langkah seterusnya dan berkahwin," kata Simon.
Dalam pada itu, isterinya, Edna mempunyai anak lelaki yang berusia 57 tahun selain cucu-cucunya juga lebih tua daripada Simon.
Namun, keluarga terdekat menyokong mereka manakala orang luar tidak lagi menghakimi perkahwinan Simon dan Edna.
Simon ialah seorang pesara ahli muzik yang berjaya memikat Edna menerusi kehebatan muziknya.
Baca juga "Sungguh istimewa, beliau melakukannya kerana ALLAH”- Sonny Williams luah gembira isteri berhijab
5. Dia memberi perhatian
Jika dia benar-benar orang yang betul, maka cinta itu akan mewujudkan timbal balik dan bukan hanya
yang mempunyai kepentingan. Malah, anda juga akan mendapat perhatian daripada orang tersebut.
Ia mungkin sekadar pandangan atau senyuman sebagai isyarat kesediaan untuk menjalin hubungan yang serius.
6. Anda rasa biasa
Anda tidak berasa pelik tentang orang itu. Orang itu mampu memberi anda keselesaan walaupun begitu
asing. Rasa kemesraan ini adalah salah satu tanda cinta pandang pertama dari seorang lelaki atau perempuan. Apabila anda bertemu dengan dia, anda berasa selesa berkongsi pendapat dan berkomunikasi dengannya.
7. Sentiasa ingin bertemu dan berjumpa
Salah satu tanda cinta pandang pertama yang paling pasti adalah apabila anda ingin bertemu dengan orang itu setiap kali walaupun seketika. Anda tidak boleh lupa dengannya, terasa ingin sentiasa melihatnya dan terus memikirkan cara dan sebab untuk berjumpa dia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.