APA yang dilakukan lelaki Jepun ini memang agak lucu. Namun, hakikatnya bukan sesuatu yang mudah apabila mengusung tembikai ke sana ke mari sambil melakukan aktiviti lain.
Itulah yang dilakukan seorang suami yang mahu merasai pengalaman membawa perut seperti wanita mengandung.
Dengan bantuan si isteri, lelaki tersebut meletakkan sebiji tembikai berukuran sederhana pada bahagian perutnya sebelum mengikat dengan menggunakan pita pelekat.
Rupa-rupanya, lelaki itu mahu merasai situasi isterinya yang sedang mengandung, tetapi tetap melakukan kerja-kerja seharian.
STRUGGLE TERUSKAN EKSPERIMEN
Menerusi perkongsian di laman TikTok, lelaki tersebut kelihatan 'struggle' dan sukar waima melakukan aktiviti seperti berbaring dan memakai stoking.
Apatah lagi untuk membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah dan sebagainya.
Akhirnya, beliau serik untuk meneruskan eksperimen tersebut.
Gelagat lelaki itu meraih perhatian ramai. Ada yang sebak, tidak kurang yang terhibur dengan mesej yang cuba disampaikannya.
PENGORBANAN ISTERI
SinarPlus memetik beberapa komen yang ditinggalkan warga maya:
"Sekarang anda tahu ia bukan sesuatu yang mudah. Jadi, kena selalu membantu isteri anda."
"Ini adalah permulaan! Sekarang kita perlu menambah lagi dengan sakit perut, regangan, loya, dan banyak lagi!"
"Contoh yang sangat baik. Berfikir dari perspektif orang lain.
Sekarang anda sudah tahu bagaimana perasaan isteri yang sedang hamil?"
"Bukan mudah ya seorang ibu mengusung perut selama 9 bulan 10 hari. Itu belum bab alahan, kesukaran untuk tidur malam, asyik ke bilik air dan sebagainya."
"Jadi, wahai sang suami sekalian, hargai pengorbanan isteri anda yang sanggup berkorban demi zuriat bersama."
"Letak diri kita dalam posisi orang lain, baru betul-betul faham situasi orang tersebut. Sekarang daddy sudah tahu."
Sumber: TikTok jennykjapan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan