ADIK berusia 14 tahun menjadi wali nikahkan kakak, ramai sebak dan puji berani. Biarpun masih muda, remaja lelaki itu tetap menunaikan tanggungjawabnya dengan berani dan lancar.
Menerusi rakaman berdurasi satu minit 23 saat yang tular pada laman sosial TikTok, seorang remaja lelaki bernama Irfan melafazkan akad pernikahan kakaknya di sebuah masjid sambil diperhatikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Baca juga: Kahwin 34 tahun tak sah kena nikah semula, jangan main-main bab wali
Baca juga: Kembali bergelar isteri, hati Nurul Izzah kini dimiliki Yin Shao Loong, 10 fakta menarik mengenainya
Video yang dikongsikan pengguna TikTok @lizabakar72 itu memperlihatkan ramai jemputan sebak dan sayu berpelukan, malah tangisan kedengaran menyelubungi suasana.
Malah Irfan sendiri tidak dapat menahan pilu menitiskan air mata usai menjalankan tugasnya sebagai wali.
Biarpun masih muda, lafaz ijab remaja itu begitu lancar. Menerusi ruangan komen, seorang pengguna TikTok Shim Al Ganu memberitahu telah membantu Irfan mempermudahkan Irfan menunaikan tanggungjawabnya di dalam majlis berkenaan.
"Saya Penolong Pendaftar pada akad nikah ini. Pada mula adik Irfan tidak mahu menikahkan kakaknya. Beliau malu. Namun selepas saya pujuk dan memberikan semangat, dia okay. Saya siapkan teks sahaja,” titipnya.
Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’
Baca juga: Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya
Warga maya rata-rata sebak dan mengakui turut menitiskan air mata melihat remaja itu menjalankan tanggungjawabnya sebagai wali..
-"14 tahun dengan tanggungjawab besar seorang ketua keluarga. Mahram kakaknya. Sayu hati saya melihatnya tetapi bangga, moga adik Irfan sentiasa di dalam barakah-NYA.”
-"Kecil lagi adik ini memikul tanggungjawab menjadi wali kakaknya, moga rumah tangga yang dibina kekal ke Syurga.”
-"Alhamdulillah, pastinya si adik akan membesar menjadi insan yang sangat bertanggungjawab dan bakal imam untuk keluarganya nanti.”
-"Alhamdulilkah lancar, smooth sahaja. Siapa tengok banyak kali kite geng. Tahniah adik, sangat bertanggungjawab dan berani.”
SIAPA LAYAK MENJADI WALI?
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Ia juga merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan dan salah satu syarat sah nikah.
Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
– Islam
– Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun)
– Berakal (Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali).
– Lelaki
– Adil
– Merdeka
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan memenuhi syarat sah menjadi wali.
Baca juga: Kembali bergelar isteri, hati Nurul Izzah kini dimiliki Yin Shao Loong, 10 fakta menarik mengenainya
Baca juga: Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh
SUSUNAN WALI MENGIKUT TERTIB
Menurut urutan tertib wali, orang yang bertanggungjawab menjadi wali menikahkan pengantin perempuan ialah bapa kandung, datuk sebelah bapa ke atas kemudian ketigha ialah saudara lelaki seibu sebapa dan seterusnya seperti berikut:
1. Bapa kandung
2. Datuk sebelah bapa ke atas
3. Saudara lelaki seibu-sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa
6. Anak saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
11. Bapa saudara seibu-sebapa
12. Bapa saudara bapa sebapa
13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa
16. Bapa saudara datuk sebapa
17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan)
20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq
21. Raja atau sultan
Bagaimanapun, permohonan perkahwinan menggunakan wali hakim adalah dibolehkan atas beberapa sebab iaitu :
1. Tiada wali yang sah daripada nasab
2. Wali ghaib
3. Anak tidak sah taraf
4. Wali enggan
5. Wali dalam ihram atau umrah
6. Wali tidak cukup syarat
Baca juga: [VIDEO]15 tahun culas nafkah, wanita dedah proses tuntut bekas suami RM78K
Baca juga: Pengantin Indonesia gayakan busana versi Malaysia raih perhatian, dipuji ramai
Sumber: TikTok Lizabakar72, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang