Kasih ibu tiada tandingan, wanita cedera parah bertarung harimau selamatkan bayi

Iklan
Kasih ibu tiada tandingan, wanita cedera parah bertarung harimau selamatkan bayi

KASIH seorang ibu tiada tandingannya jika dibandingkan dengan mana-mana insan di muka bumi ini kerana mereka sanggup bergadai nyawa demi memastikan keselamatan anak-anak.

'Kasih Ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa', itulah pepatah yang tepat untuk menggambarkan kasih sayang ibu terhadap anak-anak nya.

Iklan
Iklan

Tiada ibu dalam dunia ini yang sanggup melihat anak-anak menderita di hadapan mata.

Begitu juga yang terjadi di India apabila seorang wanita sanggup bertarung dengan seekor harimau demi menyelamatkan bayinya.

Iklan

Lapor Badan Penyiaran British (BBC), wanita di negeri Madhya Pradesh, India itu mengalami kecederaan serius selepas bertarung dengan seekor harimau ketika mahu menyelamatkan bayinya yang berusia 15 bulan.

Mangsa dikenali Archana Choudhary, bergelut dengan haiwan buas itu menggunakan tangan kosong selama beberapa minit sebelum penduduk kampung mendengar jeritannya meminta pertolongan dan mula campur tangan.

Iklan

Baca juga "Bagaimana ke tandas?” Aksi wanita berkuku panjang makan nasi tular

Difahamkan, kedua-dua ibu dan anak itu kini sedang menerima rawatan di hospital.

Serangan tersebut berlaku pada Ahad lalu di pinggir Rizab Harimau Bandhavgarh ketika Archana dan anak kecilnya itu sedang bermain di sebuah padang.

Sementara itu, akhbar The Times of India melaporkan harimau itu telah membenamkan giginya ke dalam kepala bayi tersebut dan cuba menarik anak kecil itu apabila ibunya mula melawan haiwan tersebut.

Bernasib baik, jeritan si ibu meminta tolong didengari penduduk kampung di kawasan berhampiran dan mereka datang membawa kayu menghalau harimau kembali ke dalam hutan.

Archana dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian paru-paru dan luka-luka di badan, manakala bayi lelakinya luka pada kepala.

Seorang doktor memberitahu bahawa luka pada badan bayi itu tidak serius, namun kecederaan lebih serius dikesan pada ibunya.

Menurut pakar bedah awam, Dr Misthi Ruhela berkata, ibu dan anak itu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan telah diberi suntikan anjing gila.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.