PELAKON Ashraf Muslim baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran. Apa yang menarik, kedua-dua isterinya saling bekerjasama memberikan kejutan buat suami.
Suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi itu genap 41 tahun pada 12 September lalu menzahirkan kegembiraan apabila diraikan dua isterinya.
Baca juga: "Mana iman, mana akidah!” Ashraf Muslim bengang beraninya tauke judi online buat video ajak judi
Biarpun berpoligami, Ashraf berjaya memberikan kebahagiaan buat kedua-duanya. Malah perkahwinan Ashraf bersama dua isteri yang harmoni sering menjadi perhatian.
Sempena ulang tahun kelahirannya, kedua-dua isteri mengadakan majlis meraikan. Biarpun kecil-kecilan di lokasi air terjun, pelakon Puaka Niyang Rapik itu cukup menghargainya.
Baca juga: ‘Ini semuanya kesan Covid…” – Ashraf Muslim dedah alami kesan jangka panjang akibat Covid-19
Ashraf menerusi ucapannya di Instagram turut memohon maaf daripada kedua-dua isterinya dan berpesan agar menjaga zuriat mereka dengan baik andainya beliau terlebih dahulu menutup mata.
"Happy birthday to me! Cerita semalam pergi berkelah. Gigih awal pagi semua orang bangun untuk pergi berkelah. Ingatkan sebab nak bawa anak-anak pergi mandi-manda, sebab cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga.
"Saya bercakap dalam hati, kenapa bersungguh sampai bermacam barang dibawanya. Sampai sahaja di atas (kawasan air terjun), ‘set up’ tempat makan dan terkejut apabila mama ibu (isteri-isteri) rancang semua ini untuk saya.
"Terima kasih mama ibu kerana meraikan ulang tahun kelahiran saya yang ke-41 ini, sudah tua.Saya doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan salah silap ayah selama ini.
Baca juga: Tiada istilah payung emas untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram
Hasil perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.
Manakala bersama Wan Sakinah pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Baca juga: Suami mahu berpoligami tak perlu kebenaran isteri pertama? Ini penjelasan peguam
Baca juga: Isteri sewakan rumah kepada suami? Jawapan ‘deep’ ustazah bantu wanita ‘celik nafkah’
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.