PERMULAAN Ramadan tahun ini memberi satu pengalaman dan kenangan yang sukar dilupakan buat pelakon dan usahawan, Ashraf Muslim.

Jika kebiasaannya bersama kedua isteri tercinta iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi serta anak-anak, namun kali ini Ashraf perlu bersama pesakit lain di wad Covid-19 Hospital Sungai Buloh.

Akui bintang berusia 39 tahun itu, dia menerima kejutan daripada kedua isteri tercinta dan tanpa sedar mengalirkan air mata.

ashraf, dayana, sakinah
Ashraf bersama kedua isterinya, Dayana (kiri) dan Sakinah.

“Ramadhan kali ini adalah  paling bersejarah dalam hidup saya. Pertama, solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat kejutan video dari mama dan ibu.

“Selepas solat terawikh jam 10.30 malam tadi, saya nak makan sebab tak makan dari petang. Sambil tengah makan, tangan kiri capai telefon nak lihat mesej.

“Bila buka je video, Allahuakbar, sambil makan tak sedar air mata dah mengalir.

“Aduhai sedihlah, tak baiklah buat macam ini. Dah lah ayah (Ashraf) kat wad. Makan pun tak habis terus basuh tangan,” ceritanya.

https://www.instagram.com/tv/B_VAZXFj4rD/?utm_source=ig_web_copy_link

Iklan

Ashraf juga sempat menitipkan pesan buat isteri-isteri dan anak-anaknya.

“Mama (Sakinah), Ibu (Dayana) dan anak-anak sabar ya. Tunggu Ayah sikit lagi. Insya-ALLAH bila semua dah selesai ayah balik ok,” ujarnya.

Iklan

Rata-rata yang menonton video berkenaan turut mengakui sebak dan mengalirkan air mata.