TIDAK tinggal di rumah sewa, kini ramai dalam kalangan wanita memiliki kediaman sendiri sebelum berkahwin. Bahkan selepas berumah tangga, ada isteri wanita membawa suami dibawa tinggal di rumah yang dibeli tanpa membayar satu sen.

Kadangkala wanita juga tersilap langkah membiarkan diri ‘membantu’ suami walaupun hakikatnya membuka ruang keretakan rumah tangga sendiri.

Menjawab persoalan diajukan warga maya, ulasan daripada Ustazah Sharifah Zahidah ini bantu wanita memahami tanggungjawab suami menyediakan keperluan isteri atau ‘celik nafkah’.

 

 

SOALAN:

Assalamualaikum Puan, saya ada terbaca tulisan Puan mengenai tanggungjawab nafkah kewangan yang patut suami berikan. Saya bakal berkahwin hujung tahun ini. Alhamdulillah ALLAH murahkan rezeki saya memiliki kereta dan rumah yang lengkap sebelum berkahwin.

Bakal suami mempunyai pendapatan rendah daripada saya dan kami bercadang untuk tinggal di rumah saya selepas berkahwin. Adakah wajar jika saya meminta bakal suami menanggung perbelanjaan barang dapur dan bayaran bil utiliti sahaja? Hal ini kerana saya tahu pendapatannya yang terhad dan rumah yang saya miliki lengkap serba-serbi.

JAWAPAN

Semuanya berstatus hutang. Jawapan ringkas telah saya jawab dalam mesej kepada beliau manakala jawapan terperinci ingin saya lanjutkan di ruangan ini untuk diambil manfaat buat wanita lain (jika ada manfaatnya).

Mengapa isteri perlu sewakan rumah sendiri kepada bakal suami?

Pertama, ia bagi menutup pintu-pintu pertikaian yang pasti akan berbangkit apabila ‘cuaca rumah tangga diuji mendung’. Antaranya soal kegagalan suami memberikan nafkah tempat tinggal buat isteri.

Isteri akan terdorong untuk merasakan pengorbanan beliau selama ini sia-sia dan mula mengungkit bantuannya yang menyediakan rumah buat suami. Suami akan berasa selesa kerana perbelanjaan paling utama dan mahal (rumah) terletak di bahu isteri sedangkan perbelanjaan dapur dan utiliti adalah lebih kecil berbanding perbelanjaan tempat tinggal.

Baca juga: Isteri berdepan suami curang, jangan semberono! Ini langkah sepatutnya dilakukan

Baca juga: Suami, bekas suami culas bayar nafkah akan disekat akaun bank, 8 fakta yang perlu diketahui

Kredit foto: Canva

Ketaatan isteri akan sukar dimiliki pada saat isteri yang terlebih memberi dalam soal nafkah. Jangan dicabar soal ini.

Pada mulanya ikhlas, tetapi kalau isteri terlebih berhempas pulas sebab dari awal menanggung beban hingga membuat segala pelbagai usaha seperti menjadi dropship dan jadi ejen pelbagai jenama demi melunaskan bayaran sedangkan suami berasa bahagiannya telah ‘selesai’. Maka di sini permulaan retak dan bergoyahnya sebuah rumahtangga.

Pesan saya, jangan dicabar soal ini. Isteri yang ‘terlebih’ memberi dalam rumah tangga akan sukar memberi ketaatan kepada suami yang gembira berada di takuk lama, dibantu dan ‘disuap’ segala-galanya.

Hal Ini bakal menjadi permulaan kepada kisah-kisah ngeri dalam rumah tangga. Sebaiknya tutup ruang ini dengan rapat. Buat perjanjian bertulis dan persefahaman yang benar-benar jelas. Isteri mesti membantu, tapi biar kena caranya.

Wang duit moratorium bantuan

Sebab kedua, mengapa perlu sewakan rumah kepada suami jika anda miliki rumah sendiri seperti dalam kisah ini ialah untuk menjemput berkat dalam rumahtangga.

Seorang suami yang bergaji kecil masih tetap berusaha memberikan nafkah isteri yang lebih tinggi gajinya. Ini adalah satu bentuk kemuliaan yang besar buat suami kerana menjunjung perintah ALLAH melebihi logik akal atau nafsu yang terdorong untuk memberontak.

Wibawa atau haibah seorang lelaki sebegini di mata seorang isteri adalah tinggi dan jauh lebih dihormati, berbeza dengan wibawa seorang suami yang langsung tidak mencuba bahkan terus meminta bantuan daripada isteri semata-mata.

Baca juga: Antara nafkah dan hutang, yang mana perlu diutamakan?

Baca juga: Nafkah bukan sekadar kewajipan semata-mata, tapi…

Allah berjanji, bahawa “rahmat-NYA adalah begitu dekat dengan orang yang berbuat baik” (dalam konteks ini, si suami melaksanakan kewajipan dengan baik).

Maka, tindakan isteri memberi ruang suami memberikan nafkah tempat tinggal akan membantu suami menjadi golongan muhsinin yang mendekatkan seluruh keluarga kepada rahmat ALLAH, insya-ALLAH.

Ia tidak kejam tetapi membantu suami berperanan mengikut acuan yang ALLAH ciptakan. Nyatakan secara jelas berapa jumlah yang sepatutnya ditanggung suami dalam bentuk sewaan dan bahagian lain yang ditanggung isteri itu. Biarlah menjadi rahsia isteri sendiri dalam baktinya terhadap suami pula.

Iklan

Tetapi secara hukumnya, suami telah terselamat. Isteri juga telah melakukan perbuatan mulia dengan jalan yang selamat.

Pada saat rahmat ALLAH memasuki rumahtangga kita, ALLAH akan mengaturkan perjalanan rumahtangga dalam sakinah dan mawaddah. Isteri akan mudah taat, melayan suami dan menjadi penyejuk mata, bukan singa atau naga jadian.

Lama kelamaan, gaji suami yang lebih kecil akan menjadi lebih besar daripada isteri. Atau, jika tidak besar pada angka di atas kertas, ia akan menjadi berkat dan cukup buat seisi keluarga.

Soal rahmat ALLAH, bukan hal yang boleh dibicarakan dari sudut akal dan logik semata. Asas kepada menjemput rahmat ALLAH dalam rumahtangga adalah mentaati perintahnya. Suami taat akan kewajipan memberikan nafkah manakala isteri patuh kepada suami yang telah berusaha memberikan nafkah.

Jangan menanggung suami di rumah sendiri tetapi buatlah cara ini. Suami tidak terbeban, isteri juga tidak boleh menuntut nafkah tertunggak atau membangkitkan bantuan ini sebagai pertikaian pada kemudian hari.

Kerana ruang-ruang pertikaian dan keculasan tanggungjawab telah tertutup rapat dan masing-masing suami isteri memainkan peranan.

Baca juga: (Video) Borak Bibir Merah Siri 6: Nafkah anak selepas ibu bapa bercerai: Ibu kena tuntut, ayah jangan buat-buat lupa!

Baca juga: [VIDEO]15 tahun culas nafkah, wanita dedah proses tuntut bekas suami RM78K

Isteri telah memudahkan urusan suami membantunya dengan memberi sewa yang murah sesuai dengan kemampuan.

Iklan

Suami pula menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang tetap memberikan nafkah walaupun isteri bergaji lebih tinggi.

Tentang jumlah sewaan, terpulang kepada kita hendak menentukan setelah berbincang dengan pasangan. Hanya kita mengetahui jumlah pendapatan suami, perbelanjaan yang diperlukan dan sebagainya. Berbincanglah.

Paling penting jangan sesekali ambil beban nafkah dari bahu suami secara mutlak tetapi ringankan dengan jalan yang bijak dan ‘menutup’ kemungkinan-kemungkinan buruk pada masa akan datang.

‘Win-win situation’ supaya suami tetap menjadi suami, isteri tetap menjadi seorang isteri.

Lakukan secara ‘real business’, bukan perjanjian ‘asal boleh’. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita.

Baca juga: Pelakon Indonesia, Raffi Ahmad beri nafkah lebih RM50,000 sebulan buat isteri

Baca juga: “Awak sudah jaga dia, bab duit biar saya usaha.” Tindakan lelaki beri nafkah tinggi untuk anak dipuji ramai

Sumber: Ustazah Sharifah Zahidah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan