KUCING adalah haiwan peliharaan yang disukai penduduk negara ini. Namun tidak dinafikan, ada segelintir pemiliknya mengambil mudah perihal najis kucing membuatkan jiran dan penduduk berdekatan geram.
Mungkin ada di antara kita berhadapan situasi kediaman menjadi lokasi sasaran kucing ‘membuang hajat.’ Selain kotor, bau kuat yang terhasil menyebabkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk sekitar.
Baca juga: Kucing jiran berak merata-rata? Pemiliknya boleh didenda sehingga RM1,000
Baca juga: Haiwan ternakan berkeliaran hingga ragut nyawa pemandu, pemilik boleh dikompaun RM500 setiap seekor
Malah ia terus berulang menyebabkan kehidupan seharian terganggu. Situasi yang sama dilalui pengguna TikTok Abidah Mohd Noor di mana ruang pekarangan rumahnya menjadi tumpuan kucing membuang hajat.
"Tahi kucing. Satu, dua, sampai tiga longgok. Bela kucing menyusahkan jiran,” tutur Abidah menerusi rakaman video ketika membersihkan halaman.
Menurutnya, beliau tidak membenci haiwan itu tetapi tidak tahan dengan keadaan yang telah dilaluinya selama 20 tahun lalu.
Warga maya memberikan pelbagai reaksi. Malah ramai turut menyokong pendirian Abidah. Ujar mereka:
-"Tidak salah membela kucing tetapi jangan sampai menyusahkan jiran.”
-"Stress bila ada tahi kucing. Lebih geram bila tayar menggilisnya, habis lantai di anjung.”
-"Saya memilih kurung dalam sangkar dan bersihkn setiap hari. Perlu tahu adab berjiran.”
-"Bela kucing pelu sediakn pasir kucing untuk berak. Ajar si meow berak dalam pasirnya itu.”
Baca juga: Ular tedung masuk rumah, 5 kucing jadi hero, kepung hingga anggota penyelamat sampai
Baca juga: Kucing pecahkan mangkuk RM1,500, Chef Wan tenang, ‘hendak marah pun bukan ada otak’
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah berkongsi Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut, sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.
Oleh itu, menurutnya seseorang berhak untuk melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika merasakan haiwan yang dibela jirannya telah mengganggu ketenteraman.
Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000.
Baca juga:Hati-hati dengan bulu kucing, boleh jadi punca masalah kulit. Ini penjelasan pakar
Baca juga: Samm, kucing 26 tahun diiktiraf tertua di dunia
Sumber: TikTok abidahmohdnoor
Kredit foto utama: Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan