ANNA Jobling, pelakon jelita sedang meningkat naik selepas menempa populariti menerusi drama Melur Untuk Firdaus mengakui sedih apabila ibu dihina warganet.
Pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling ini merupakan pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/2019 telah membintangi beberapa drama seperti Shah Alam 40000 dan Oh My Hantaran.
Anak tunggal kepada pasangan Maria dan Abdul Rahman baru-baru ini tersentuh apabila wujud komen memburukkan ibunya di laman sosial TikTok.
Menjadi mangsa buli siber, Anna meminta agar tidak melibatkan keluarganya.
"Kenapa perlu menghina emak orang sampai begitu, can you just respect my family. Jika nak cakap sesuatu beritahu saya sahaja.
"Kami tidak kacau sesiapa. Apa rasa jika seseorang tidak menghormati ibu anda?” katanya yang mengakui sedih tentang hal itu.
Baca juga: Anna Jobling cabar diri, timba ilmu baharu di pentas teater
Baca juga: Melur Untuk Firdaus terus tarik perhatian
Anna yang telah berbincang dengan ibunya tentang perkara itu bersikap positif. Beliau enggan mengambil tindakan lanjut.
"Alhamdulillah ibu saya seorang yang kuat. Dia tidak kisah tentang perkara lain dan fokus kepada saya," tuturnya yang terharu para peminat yang memberikan sokongan.
Ketika temu ramah bersama SinarPlus, Anna memberitahu dirinya lebih selesa andai kisah peribadi keluarganya hanya milik mereka sekeluarga, bukan untuk dikongsi dengan masyarakat.
Baca juga: Selepas Anna Jobling, giliran Meerqeen tercalon
"Saya mohon maaf kerana tidak mahu mengulas lanjut mengenai mereka. Ibu dan ayah memilih untuk tidak terlalu menonjol di media dan saya bimbang hal ini akan membuatkan mereka berasa kurang selesa.
"Pun demikian, mereka berdua merupakan tulang belakang dan sentiasa menyokong apa yang saya inginkan dalam hidup ini,” luahnya.
Justeru, sebagai pengguna laman sosial hormatilah orang lain. Jagalah tutur kata dan lisan di alam maya yang memberikan kebebasan untuk bersuara tanpa dikenali. Semoga perkara seumpama ini tidak berulang lagi.
Baca juga: Alami ruam merah satu badan, Anna Jobling dimasukkan ke hospital
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.