Wanita jadi mangsa rakan sekerja dipercayai angkara cemburu, suspek tersenyum buang mayat guna troli

Iklan
1

WANITA di Bekasi, Jakarta, Indonesia menjadi mangsa rakan sekerja angkara cemburu. Lebih menyeramkan, lelaki tersebut masih sempat melemparkan senyuman ketika menolak jasad wanita itu menggunakan troli.

Perbuatan kejam lelaki yang dikenali sebagai R berusia 36 tahun akhirnya 'kantoi' apabila mayat wanita dikenali sebagai AY ditemui berbalut plastik.

Iklan
Iklan

Pembunuhan yang berlaku di sebuah apartmen di Pramuka, Jakarta Pusat itu disahkan Pengarah Unit Siasatan Jenayah Polda Metro Jaya, Hengki Haryadi yang menganggarkan ia berlaku pada 17 Oktober lalu.

[caption id="attachment_95782" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]

Iklan

"Mangsa dan suspek adalah rakan sekerja. Suspek membawa mangsa ke apartmen. Sesampainya di apartmen, mereka berbincang tentang podcast," jelas Hengki kepada Detik.com

Hengki berkata, suspek membunuh mangsa kerana terluka dengan kata-katanya. Bagaimanapun, polis masih meneliti motif memandangkan barang milik mangsa telah diambil suspek.

Iklan

Ketika bertengkar, mangsa ditampar bertubi-tubi dan dicekik sehingga terjatuh dan mati.

Lelaki itu kemudian cuba menghapuskan bukti jenayahnya dengan membungkus mayat wanita itu ke dalam beg plastik dan membuang jasad wanita itu di Jalan Kalimalang, Pondok Gede, Jawa Barat, Indonesia iaitu kira-kira satu jam perjalanan dari kediamannya.

Sebelum itu, R bertindak meminjam troli di hadapan lobi pangsapuri untuk membawa mayat mangsa keluar dari pangsapuri, kemudian membuang mayat mangsa.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lif pangsapuri berkenaan menjadi tular memperlihatkan lelaki berkenaan sempat melemparkan tersenyum kepada penghuni lain dan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku kerana enggan dicurigai.

 

Apa perlu anda lakukan jika menemui mayat? Berikut langkah yang perlu dilakukan menurut MyHealth:

1- Jangan menyentuh mayat atau sebarang objek yang beada di sekelilingnya.

2-Hubungi balai polis berhampiran atau talian kecemasan 999 bagi meminta bantuan polis peronda.

3-Jika anda merasakan bahawa tidak selamat untuk berada lebih lama di situ, tinggalkan tempat tersebut dan segera ke balai polis yang terdekat.

4- Maklumkan kejadian tersebut kepada pegawai yang bertugas.

5-Tindakan itu bukan sahaja boleh membantu pihak polis bertindak dengan lebih berkesan malah dapat menyelamatkan anda daripada disyaki terlibat kematian individu terbabit.

Apabila terjumpa mayat, jangan panik. Cuba bertenang dan berfikir secara rasional. Jangan lakukan sesuatu yang mungkin boleh disesalkan pada masa hadapan.

Sumber: Detik.com. , Myhealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi